Font Size

SCREEN

Profile

Cpanel

Banner

  • Selamat Datang

 video       audio         gambar       muat-turun

Butang-Sudut-Berita-02

My3L@CC : PELAJAR PONDOK PELAJARI PEMBUATAN PERABOT

Kuala Terengganu, 13 September - Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kursus Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Madrasah Darussalam, Kuala Ibai, Kuala Terengganu bagi membantu para pelajar dalam meningkatkan kemahiran pertukangan. Kursus yang dilaksanakan adalah kursus penghasilan perabot yang diadakan pada 2 Julai 2015 yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penasihat KKKT, Datuk Haji Mohd Sabri Alwi dengan disertai oleh Pengarah KKKT, En. Che Mukhtar Bakar.

Baca lagi:

My3L@CC : KURSUS ASAS FOTOGRAFI & PENSIJILAN HALAL

22 Ogos 2015 - Baru-baru ini Kolej Komuniti Lipis telah menganjurkan kursus asas fotografi dan pensijilan halal bertempat di bilik seminar kolej tersebut. Pihak kolej telah membuat koloborasi dengan Jabatan Agama Islam Pahang dengan menjemput Encik Nordizuan sebagai penceramah kursus pensijil halal. Penyertaan kursus  telah dihadkan kepada 20 orang sahaja untuk setiap kursus. Hal ini kerana

Baca lagi:

My3L@CC : PROGRAM JELAJAH BERSAMA SI CILIK

KEMAMAN , 5 Ogos 2015 – Unit Pendidikan Sepanjang Hayat dengan kerjasama Unit Promosi Kolej Komuniti Kemaman, Terengganu telah menganjurkan Program Jelajah Bersama Si Cilik. Program Jelajah Bersama Si Cilik bertujuan untuk memberi pendedahan awal fungsi dan peranan Kolej Komuniti kepada 73 orang murid dan 7 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Batu 7, Dungun, Terengganu yang menyertai program ini bagi mengenali dengan lebih dekat peranan Kolej Komuniti di mata masyarakat setempat terutama berkaitan program pengajian sepanjang hayat dan program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan.

Terdapat beberapa pengisian sepanjang program berlangsung seperti Kursus Apam Polkadot dan Kursus Seni Kraftangan Felt yang dijalankan secara CSR serta tayangan video kecemerlangan Kolej Komuniti Kemaman. Selain itu, sesi dialog antara wakil Kolej Komuniti Kemaman iaitu Ketua Jabatan, Puan Norlaili Abdullah dan Penyelaras Unit Pendidikan Sepanjang Hayat, Puan Suzila Yusof bersama wakil delegasi dari Sek Keb Batu 7, Dungun yang diketuai oleh Guru Besar, Cikgu Talib bagi menerangkan kefungsian Kolej Komuniti kepada masayarakat setempat dan peluang yang dapat digunakan di Kolej Komuniti untuk masyarakat termasuk pihak sekolah. 

Baca lagi:

Statistik Pelawat

Hari ini5
Semalam1
Minggu ini5
Bulan ini294
Keseluruhan21716
You are here:Home Utama