Portal Rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

 English 
feed-image



peta laman
Akses Pantas

pantasKlik pada menu di bawah untuk akses pantas

Calon Pelajar
Ibubapa / Penjaga
Kakitangan Kolej

JPKK 
» ESIS
» ePengambilan (admin)
» HRMIS 
» iDBMS 
» e-PSH
» e-Vetting
» Maskom
» Puskom

Kursus Pendek

 

SENARAI PROGRAM YANG DITAWARKAN DI KOLEJ KOMUNITI

 

BIL NAMA PROGRAM Syarat Am Kemasukan Syarat Khas
A. SIJIL KOLEJ KOMUNITI
1 Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan)* Lulus SPM/SPMV atau Setara dengan 1 kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran LULUS Matematik dan Tidak Buta Warna
2 Sijil Akauntansi* Lulus SPM/SPMV atau Setara dengan 1 kepujian   dalam mana-mana satu mata pelajaran LULUS Matematik
3 Sijil Sistem Komputer dan Sokongan*
4 Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan*
5 Sijil Pelukis Pelan Senibina*
6 Sijil Penyenggaraan Industri*
7 Sijil Rekabentuk Dalaman* Lulus SPM/SPMV atau Setara dengan 1 kepujian   dalam mana-mana satu mata pelajaran TIADA
8 Sijil Seni Visual Kreatif*
9 Sijil AgroTeknologi*
10 Sijil Pelancongan dan Pengembaraan*
11 Sijil Pengendalian Acara*
12 Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan*
13 Sijil Pemasangan Elektrik Lulus SPM/SPMV atau Setara LULUS Matematik dan Tidak Buta Warna
14 Sijil Animasi 3D Lulus SPM/SPMV atau Setara TIADA
15 Sijil Animasi 2D
16 Sijil Aplikasi Perisian Komputer
17 Sijil Mekanikal Pembuatan
18 Sijil Servis Kenderaan Ringan
19 Sijil Fesyen dan Pakaian
20 Sijil Penyenggaraan Bangunan
21 Sijil Akuakultur
22 Sijil Operasi Perhotelan
23 Sijil Kulinari
24 Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
25 Sijil Dandanan Rambut
26 Sijil Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara
27 Sijil Pastri
28 Sijil Landskap
29 Sijil Teknologi Pembinaan
30 Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot
B. LANGKAWI TOURISM ACADEMY
1 Certificate of Room Division* Lulus SPM/SPMV atau setara dengan 1 Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran LULUS Bahasa Inggeris dan perlu menjalani proses temuduga
2 Certificate of Culinary Art*
3 Certificate of Food & Beverages*
C. SIJIL KOLEJ KOMUNITI (LEPASAN MENENGAH TANPA SPM)
1 Sijil Servis Kenderaan Ringan( KK Kluang sahaja) Lepasan menengah tanpa SPM

 

Kolej Komuniti menawarkan empat mod program pengajian iaitu ;

1- Sijil Kolej Komuniti Berterusan - SKK(T)

2- Sijil Kolej Komuniti Bermodular Dengan SPM - SKK (M)

3- Sijil Kolej Komuniti Bermodular Tanpa SPM - SKK (M)

4- Sijil Modular Kebangsaan - SMK

 

 

 

KOLEJ-KOLEJ KOMUNITI YANG MENAWARKAN KURSUS SMK (3 BULAN)  PADA APRIL 2013 .

Kursus-kursus ini tamat pada Jun 30 , 2013

KOLEJ KOMUNITI

PROGRAM SMK
KK ARAU PEMASANGAN ELEKTRIK
KK BDARUL AMAN SERVIS KENDERAAN                Imbang dan Jajar Roda
KK SG PETANI SERVIS KENDERAAN  Imbang dan Jajar Roda
KK SG PETANI SERVIS KENDERAAN  Sistem Gantungan, Brek
KK SG PETANI SERVIS KENDERAAN  Rombak rawat Engin
KK SG PETANI OPERASI PERGOTELAN Penyambut Tetamu
KK SG PETANI OPERASI PORHOTELAN Rekreasi Perhotelan
KK KULIM ASAS AKAUN Applikasi Komputer
KK BANDAR BAHARU SERVIS KENDERAAN  Penyelenggaraan Kenderaan
KK BANDAR BAHARU SERVIS KENDERAAN Imbang dan Jajar Roda 
KK LANGAWI ENJIN BOT  Inboard Engin 
KK KEPALA BATAS ANIMASI 2D  Pasca Produksi 
KK KEPALA BATAS  SERVIS KENDERAAN  Imbang dan Jajar Roda
KK KEPALA BATAS SERVIS KENDERAAN Rombak rawat Engin
KK MANJUNG FESYEN DAN PAKAIAN  Hiasan Pakaian 
KK MANJUNG FESYEN DAN PAKAIAN Busana 1 Malaysia 
KK GERIK FESYEN DAN PAKAIAN  Hiasan Pakaian 
KK GERIK FESYEN DAN PAKAIAN Busana 1 Malaysia 
KK GERIK  SERVIS KENDERAAN Penyelenggaran Kenderaan
KK GERIK  SERVIS KENDERAAN  Imbang dan Jajar Roda 
KK SG SIPUT SERVIS KENDERAAN Penyelenggaran Kenderaan 
KK SG SIPUT  SERVIS KENDERAAN Imbang dan Jajar roda 
KK PASIR SALAK SERVIS KENDERAAN Penyelenggaraan Kenderaan
KK PASIR SALAK  SERVIS KENDERAAN  Imbang dan Jajar roda 
KK BATU GAJAH FESYEN DAN PAKAIAN Hiasan pakaian
KK BATU GAJAH  FESYEN DAN PAKAIAN  Busana 1 Malaysia 
KK KUALA LANGAT ANIMASI 2D Seni Visual Digital
KK KUALA LANGAT  ANIMASI 2D  Pra Produksi Animasi 
KK KUALA LANGAT ANIMASI 2D  Rekabentuk props dan latar belakang 
KK KUALA LANGAT  PEMASANGAN ELEKTRIK Pendawaian fasa tunggal
KK KUALA LANGAT  PEMASANGAN ELEKTRIK  Pendawaia Tiga fasa 
KK KUALA LANGAT  PEMASANGAN ELEKTRIK Mesin 3 fasa 
KK KUALA LANGAT  PEMASANGAN ELEKTRIK Pendawaian Industri 
KK KUALA LANGAT  PENGKERANIAN AKAUN Applikasi komputer 
KK KUALA LANGAT  PENDENDALIAN PELANCONGAN   Ketua Rombongan 
KK SELAYANG OPERASI PERHOTELAN  Pengemasan hotel
KK SELAYANG OPERASI PERHOTELAN  Penyambut tetamu 
KK SELAYANG  OPERASI PERHOTELAN  Jualan dan pemasaran 
KK SELAYANG OPERASI PERHOTELAN Rekreasi perhotelan 
KK SELAYANG KULINARI Pramusaji
KK SELAYANG  KULINARI Pastri dan konfeksionari
KK SELAYANG  FESYEN DAN PAKAIAN  Hiasan pakaian
KK SELAYANG  FESYEN DAN PAKAIAN  Busana 1 Malaysia 
KK SELAYANG PASTRI Kuih tempatan
KK SELAYANG  PASTRI  Pembuatan biskut 
KK SELAYANG PASTRI Pencuci mulut 
KK KOTA MELAKA DANDANAN RAMBUT  Gaya rambut
KK KOTA MELAKA DANDANAN RAMBUT  Pengurusan salun 
KK KOTA MELAKA  TERAPI KECANTIKAN DAN SPA  Perkhidamatan kecantikan 
KK TANGGA BATU  MOTORBOT Servis badan bot
KK SELANADR PENGKERANIAN AKAUN  Applikasi komputer
KK JASIN PENGKERANIAN AKAUN Applikasi komputer
KK JASIN FOTOGRAFI KOMERSIL  Suntingan foto 
KK SEGAMAT MEKANIKAL PEMBUATAN  Lukisan kejuruteraan 
KK LEDANG SERVIS KENDERAAN  Imbang dan Jajar roda
KK LEDANG SERVIS KENDERAAN Rombak rawat engin 
KK LEDANG PENGKERANIAN AKAUN  Applikasi Komputer 
KK MUAR  TERAPI KECANTIKAN DAN SPA      Perkihmdatan Kecantikan
KK PAGOH  FESYEN DAN PAKAIAN Hiasan Pakaian 
KK PAGOH FESYEN DAN PAKAIAN Busana 1 Malaysia 
KK BANDAR PENAWAR   PENGKERANIAN AKAUN Applikasi Komputer 
KK KUANTAN OPERASI PERHOTELAN  Pengemasan Hotel
KK KUANTAN OPERASI PERHOTELAN Penyambut Tetamu
KK KUANTAN  OPERASI PERHOTELAN Jualan dan Pemasaran
KK KUANTAN  OPERASI PERHOTELAN  Rekreasi Perhotelan
KK KUANTAN  KULINARI Prasmusaji
KK KUANTAN  KULINARI  Pastri dan Konfeksionari
KK BERA AKUAKULTUR  Teknik Biak Ikan
KK BERA AKUAKULTUR Teknik Asuh Ikan
KK ROMPIN SERVIS KENDERAAN Penyelenggaraan kederaan
KK ROMPIN SERVIS KENDERAAN  Imbang dan Jajar Roda 
KK ROMPIN OPERASI PERHOTELAN Pengemasan Hotel
KK ROMPIN  OPERASI PERHOTELAN  Penyambut Tetamu
KK ROMPIN  OPERASI PERHOTELAN  Jualan dan Pemasaran
KK ROMPIN  OPERASI PERHOTELAN Rekreasi Perhotelan 
KK ROMPIN  KULINARI Pramusaji
KK ROMPIN  KULINARI  Pastri dan Konfeksionari 
KK KUALA TERENGGANU    FESYEN DAN PAKAIAN  Pakaian Lelaki
KK KUALA TERENGGANU FESYEN DAN PAKAIAN Hiasan Pakaian
KK KOK LANAS FOTOGRAFI KOMMERSIL Suntingan Foto
KK KOK LANAS TERAPI KECANITKAN DAN SPA Perkhidmatan kecantikan
KK KOK LANAS DANDANAN RAMBUT  Gaya Rambut
KK KOK LANAS DANDANAN RAMBUT  Pengurusan salun 
KK JELI FESYEN DAN PAKAIAN Hiasan Pakaian
KK JELI FESYEN DAN PAKAIAN Busana 1 Malaysia
KK JELI PASTRI Kuih Tempatan
KK JELI PASTRI Pembuatan Biskut
KK JELI PASTRI Pencuci Mulut
KK PASIR MAS PENGKERANIAN AKAUN Applikasi Komputer
KK KUCHING FESYEN DAN PAKAIAN Hiasan Pakaian
KK KUCHING FESYEN DAN PAKAIAN Busana 1 Malaysia
KK TAWAU SERVIS KENDERAAN Sistem Gantungan, Brek, Stering
KK TAWAU SERVIS KENDERAAN Rombak Rawat Engin

  *      Sila hubungi kolej komuniti berkenaan untuk keterangan lebih tepat.

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN

Kolej komuniti menawarkan kursus kemahiran dalam 25 jenis bidang perkhidmatan sejak tahun 2010. Kursus-kursus ini direka supaya menyamai piawaian kehendak industri atau perkhidmatan. Kurikulum yang dibina dan digunapakai adalah hasil daripada perbincangan dengan wakil-wakil industri. Kursus di buat mengikut topik dan jangkawaktu bagi sesuatu modul itu adalah diantara 3 hingga 6 bulan. 

 Sila klik kursus SMK pilihan anda pada sebelah kanan skrin ini untuk keterangan lanjut

 

 

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 tahun ke atas ( Lepasan Sekolah / Lulusan Universiti / Belia / Pesara Kerajaan / Warga Emas)
  • Pekerja yang sedang bekerja digalakkan memohon bagi meningkatkan kemahiran
  • Lepasan SPM 2011 dan masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.



Yuran Pengajian dan Tempoh Pengajian

  • Yuran Pengajian - RM 10.00 sebulan
  • Tempoh Pengajian – 3 hingga 6 bulan

(Wang saku RM250 sebulan disediakan kepada yang pelajar yang layak iaitu jumlah pendapatan keluarga RM 3000 dan ke bawah)



Pengambilan dan Permohonan

Pemohonan adalah secara ONLINE melalui http:/www.jpkk.edu.my atau hubungi Kolej Komuniti yang berdekatan di tempat anda. Perhatian:

  1. Untuk mengakses e-Borang, calon perlu membeli nombor PIN yang ada dijual di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Sila pastikan anda membeli No. Pin mengikut kategori prmohonan yang betul.
  2. Nombor Pin yang telah dibeli bagi permohonan Jun/Julai 2011 dalam Sistem permohonan ILKA masih sah digunakan untuk permohonan kemasukan Januari 2012.



Keputusan Permohonan dan Rayuan

Keputusan permohonan boleh disemak melalui mana-mana kaedah berikut:
• Laman web http://www.jpkk.edu.my
• Hubungi mana-mana Kolej Komuniti KPT

 

 

 

Warganegara Malaysia
• Berumur 17 tahun ke atas ( Lepasan Sekolah / Lulusan Universiti / Belia / Pesara Kerajaan / Warga Emas)
• Pekerja yang sedang bekerja digalakkan memohon bagi meningkatkan kemahiran
• Lepasan SPM 2011 dan masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.

KURSUS PENDEK

Kolej Komuniti menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan masyarakat setempat.

Agar-agar Roti.  Aiskrim Oreo . Autocad .  Bahasa Arab .  Ayam Penyet .  Bahasa Inggeris . Bahasa Isyarat . Bakul Hiasan (dari surat khabar) . Blog EdittingCoklat.  Cendawan . Cup Cake. Dandanan Rambut.   Butter Cream .    Fish Cake .   Frozen Food.   Gitar.  Ikat Bata . Ikan Keli organik Jahitan asas.   Jahitan Pakaian  . Jahit Langsir . Jeli Kelapa . Kek Tiramisu .  Kuih Tradisional.  Microsoft Visio . Nuget Bihun .    Solekan.   Perisian komputer. Photoshop . Putu Mayam .   Roti Sosej .  Sains UPSR .  Servis Kereta.   Simen fero  . Sulaman Manik . Dan lain-lain lagi.

Jadual adalah tertakluk kepada kolej komuniti . Ahli komuniti perlu melihat dahulu iklan tawaran kursus pendek kolej komuniti . Anda boleh memilih mana-mana kolej komuniti untuk mendapatkan latihan, iaitu anda boleh memilih kolej komuniti yang lebih jauh dari tempat anda walaupun ada kolej komuniti yang berhampiran. 

Kursus pendek yang sama ditawarkan di kebanyakan kolej komuniti, contohnya kursus popular Menjahit Langsir , Membuat Kek dan lain-lain adalah terdapat pada waktu-waktu tertentu di semua kolej komuniti di seluruh negara.

Anda cuma perlu selalu melihat tawaran mengenai jenis kursus yang ditawarkan melalui laman web rasmi kolej komuniti 

KELAYAKAN MENJADI PESERTA KURSUS
Warganegara Malaysia. Sihat tubuh badan. Boleh menulis serta membaca.

 

 

CARA MEMOHON
Melihat Iklan kursus yang ditawarkan di kolej-kolej berkenaan atau mencadangkan kursus yang tidak ada dalam senarai kursus yang ditawarkan melalui perbincangan secara terus dengan pihak pengurusan kolej berkenaan. 

 



TEMPOH KURSUS
 Diantara 1 hari hingga 3 bulan.  Bergantung kepada modul yang disediakan. Kebiasaannya adalah kurang daripada 6 bulan.


TEMPAT KURSUS
Di dalam bangunan kolej Komuniti  atau di luar kolej komuniti. Sekiranya keadaan kursus itu lebih sesuai dibuat diluar bangunan kolej komuniti pihak kolej boleh mengaturkan agar kursus itu dijalankan di bengkel milik syarikat atau majlis tempatan atau mana-mana agensi yang berkaitan.



WAKTU KURSUS
Waktu pejabat atau di luar waktu pejabat.

 

KURIKULUM / KANDUNGAN KURSUS
Ditentukan oleh pihak kolej komuniti. Namun demikian terdapat juga kursus-kursus yang diberikan itu berpandukan kepada nasihat daripada pakar luar yang mahir dalam sesuatu bidang itu. Jika bidang kursus itu bersamaan dengan bidang kemahiran yang dikhususkan kepada kolej komuniti tersebut maka pihak kolej komuniti kebiasaanya akan memberi tunjukajar kepada komuniti apa yang terbaik yang diamalkan oleh kolej komuniti itu.



SIJIL
Sijil Kehadiran atau Sijil Modul.

 


YURAN
Bayaran yuran pendaftaran yang dikenakan untuk seseorang bagi satu-satu kursus adalah antara RM 5.00 hingga RM 20.00 sahaja.

* Dengan kelulusan penubuhan Akaun Amanah di Kolej Komuniti KPTM, yuran kursus yang sesuai dan kompetitif akan diperkenalkan mengikut kemampuan pelanggan dan jenis kursus






Aktiviti Terkini

No events

Aplikasi Dalam Talian

Portal Maklumat Pelajar  Portal Pengurusan PnP  Sistem Pengambilan Pelajar  Sistem Permohonan Kursus Pendek  Electronic Staff Information System  ePenyata  epekeliling3 etempah  icon eTestimoni80px40px mysso1  eHasil

Kemaskini pada: 17 October 2014.

Statistik Kunjungan

Hari ini501
Semalam589
Minggu ini1090
Bulan ini9689
Keseluruhan2266470
QR-Code

Mesra Mobile

 mobile