Tahniah kepada pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti yang telah berjaya ke peringkat akhir dan memenangi kategori yang dipertandingkan bagi 'Raja Zarith Sofia Award Design'. Anda hebat!
KEJOHANAN PETANQUE KOLEJ KOMUNITI SELANGOR
Tahniah kepada pasukan Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) yang telah berjaya mendapat pungutan pingat terbanyak sekaligus dinobatkan sebagai Juara keseluruhan dengan membawa pulang 7 pingat iaitu 1 Emas, 2 Perak dan 4 Gangsa di Kejohanan Petanque Kolej Komuniti Selangor yang telah diadakan pada 12 Jun 2013 (Rabu) bertempat di Kolej Komuniti Kuala Selangor.
Kejohanan yang julung kali diadakan ini telah disertai sebanyak 50 pasukan dan mempertandingkan tujuh Kategori Pelajar dan satu Kategori Staf.
Lanjutan daripada kejohanan ini, satu Kejohanan Master D'Petanque Terbuka Double Piala Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat akan diadakan pada 22 & 23 Jun 2013 bertempat di Kolej Komuniti Kuala Selangor.
Datanglah beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan anda.
"SUKAN MENJULANG KECEMERLANGAN IPT@KPM"
Sepanjang Karnival My3L Zon selatan yang berlangsung di MITC, Melaka pada 8-9 Jun 2013, Kolej Komuniti Kota Tinggi menawarkan pelbagai aktiviti menarik di 3 ruang pameran iaitu:
1. Mencanting batik di pameran Unit Pengajian Sepanjang Hayat (PSH)
2. Mengenal peralatan rekreasi dan menjawab kuiz trivia di pameran Sijil Sepenuh Masa (Unit Akademik)
3. Jualan produk kraftangan dan makanan ringan tradisional hasil penduduk sekitar Kota Tinggi di Gerai E-Tech Centre.
En. Amir turut serta dalam mecanting batik bersama peserta yang lain.
Nabil(Raja Lawak) turut memeriahkan suasana Karnival My3L dengan celotehnya yang mencuit semua hadirin yang hadir.
Salah satu Booth e-Tech Kolej Komuniti Kota Tinggi yang terlibat dalam menjayakan Karnival My3L