Portal Rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

 English 



peta laman
Tahniah KK bagan Serai
Thursday, 18 December 2014
article thumbnail

  Tahniah kepada skuad pelajar KK Bagan Serai di bawah kendalian Pensyarah En Azman berjaya memenangi Naib Johan 3 Pertandingan My Inovasi Peringkat Kebangsaan. serta Hadiah Geran Bantuan Pate [ ... ]

AMANAT TAHUN BARU 2013 OLEH YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI NEGARA , DATO' SERI MUHAMED KHALED BIN NORDIN DAN PERUTUSAN TAHUN BARU 2013 OLEH KETUA PENGARAH JPKK, ENCIK AMIR BIN MD.NOOR

 

Majlis Amanat Tahun Baharu 2013 oleh YBM Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Januari 2013 (Selasa) bersamaan 17 Rabiul Awal 1434 H di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dengan kehadiran dianggarkan seramai 2700 hadirin.

Manakala, Perutusan Tahun Baru 2013 oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti , Encik Amir Bin Md.Noor telah diadakan pada hari berikutnya pada 30 Januari 2013 ( Rabu ) bersamaan 18 Rabiul Awal 1434 H Di Dewan 2, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dengan dihadiri oleh semua Pengarah Bahagian JPKK, Pengarah Kolej Komuniti, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran Kolej Komuniti, Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, dan semua warga JPKK.

Berikut merupakan dokumen perutusan yang boleh dimuat turun ;

1. Amanat Tahun Baru 2013 oleh YBM Menteri

2. Penyataan Dasar Terkini KPT

3. Perutusan 2013 oleh Ketua Pengarah JPKK


Indeks Berita