Portal Rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

 English 



peta laman
article thumbnail

Kolej Komuniti Selayang telah menerima lawatan delegasi ASEM pada 26 Ogos 2014. Delegasi ASEM telah di bawa mengunjungi pelbagai booth yang disediakan.

Filter
  • BULAN BAHASA KEBANGSAAN

     

    010000000000bulan bahasa
    bulan bahasa

     

    Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

    Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

    Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)

    TUJUAN UTAMA

    • Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
    • Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
    • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
    • Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

    Keseluruhan konsep logo menggambarkan peranan rakyat pelbagai bangsa di dalam negara bagi membentuk perpaduan di dalam konsep satu Malaysia “BBK” menjadikan tunggak kecemerlangan negara berasaskan pembangunan yang berteraskan bahasa sebagai wadah.

    HURUF “B”
    Huruf “B” yang direka secara grafik dan dinamik sekilas pandang berbentuk “B” bererti “Bulan” dan “Bahasa Kebangsaan” di hujung pena menjadi tunjang pada huruf “B”. Ia sinonim dengan DBP sebagai sumber ilmu dan juga dataran untuk menyampaikan dan memacukan visi dan misi DBP yang merupakan matlamat bahasa dan sastera yang akan direalisasikan oleh “B”.

    BENTUK DUNIA BERPUSING DAN BENDERA MALAYSIA
    “Bendera Malaysia” secara grafik terdiri daripada pelbagai warna membentuk dunia berpusing tanpa had menggambarkan arah tuju untuk mencapai matlamat masa depan “B” yang cemerlang.

    Dunia berpusing menjadi latar belakang logo melambangkan tema perpaduan serta menitikberatkan cinta bahasa dan negara. Ia juga menunjukkan semua kaum yang sentiasa dipupuk dan dipastikan perpaduan, keharmonian kaum terpelihara untuk menjamin masa depan yang lebih gemilang. Ia memberi penyatuan kepada tiga bangsa utama di Malaysia, hidup penuh muafakat, bekerjasama demi memajukan negara.

    Lingkaran tiga jalur merah putih pada bendera Malaysia merupakan kegiatan-kegiatan “BBK” yang meliputi pelbagai bidang ilmu dan bahasa.
    DAUN RESAM DBP
    Daun resam DBP yang terdapat pada logo korporat menterjemahkan bahasa menjadi bumbung logo. Ia juga sumber dalam memperkembangkan bahasa dalam era globalisasi terpusat di atas logo ini sebagai nadi utama “BBK”.

    PENA DARI HURUF “B”
    Pena yang terletak di penghujung huruf “B” menggambarkan matlamat yang dituju dalam “BBK”. Di samping itu ia juga mencerminkan kegiatan bahasa dan sastera.

    WARNA

    MERAH DAN PUTIH

    Merah dan putih menggambarkan semangat rakyat Malaysia untuk mencapai kegemilangan dan juga menjadi simbol wawasan satu Malaysia yang suci dan ikhlas.

    KUNING
    Kuning mengekalkan sistem raja berpelembagaan dan menjunjung luhur kedaulatan Negara serta menjadi simbol kegiatan “BBK” ke arah kegemilangan.

    KUNING

    Biru bermaksud kestabilan, bersatu hati dan hidup sejahtera untuk mencapai matlamat “BBK” bersama pelbagai kaum dalam negara.

    HIJAU

    Hijau melambangkan keterampilan dan kegiatan berwibawa dalam mengembangkan bahasa yang sentiasa subur ke persada dunia.

    Pereka: 
    Naim bin Hj. Ahmat

     

     

  • Kolej Komuniti Menerima Sijil Penghargaan IPT Prihatin Warga Emas

     

    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti mewakili KPT dan semua Kolej Komuniti telah dianugerahkan Sijil Penghargaan IPTA Perhatin (Pembelajaran Sepanjang Hayat) oleh YAB Perdana Menteri sempena Sambutan Hari Warga Emas Tahun 2012 pada 17 Oktober 2012 di Palace Of Golden Horses, Seri Kembangan Selangor.

    perhatin1


    perhatin3

     

  • Majlis Penyerahan Bangunan Kolej Komuniti Pekan2

     

    Hari bersejarah bagi Kolej Komuniti Pekan di mana Majlis Penyerahan Kolej Komuniti Pekan ini disiarkan secara teleconference di antara Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan Kolej Komuniti Pekan di Pekan, Pahang pada 12 Oktober 2012.

    kkpekan2

    Suasana di sebalik tabir sekitar Majlis Penyerahan Kolej Komuniti Pekan


    kkpekan3

    Lintas langsung dari KK Pekan


    kkpekan11

    Majlis Penyerahan Kolej Komuniti Pekan di KPT

  • Majlis Penyerahan Bangunan Kolej Komuniti Pekan

     

    Hari bersejarah bagi Kolej Komuniti Pekan di mana Majlis Penyerahan Kolej Komuniti Pekan ini disiarkan secara teleconference di antara Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan Kolej Komuniti Pekan di Pekan, Pahang pada 12 Oktober 2012.


    kkpekan2

    Aktiviti di sebalik tabir majlis penyerahan

    kkpekan3

    Lintas langsung dari KK Pekan

    kkpekan11

    Suasana majlis penyerahan di KPT

  • Majlis Pengambilalihan Sistem IDBMS

    Majlis Pengambilalihan Sistem Aplikasi  - Integrated Database Management System (IDBMS) disempurnakan di antara pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dengan

    En. Idhwan Bin Mohamad,bekas pelajar Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Sistem IDBMS ini pada awalnya telah dibangunkan oleh En Idhwan bagi Modul ESS309 (Hamparan Elektronik & Pengurusan Rekod), Program Sijil Komputer & Sokongan.

    Melalui pengambilalihan ini, sistem IDBMS ini akan menjadi hakmilik Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK).

     

  • PERTANDINGAN FOTOGRAFI PIALA KETUA PENGARAH

    pertandingan fotografi

    Anjuran:    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan Kolej Komuniti Paya Besar

     

    Syarat Pertandingan

     

    1. Tema Pertandingan “ Nilai-Nilai Murni Masyarakat Malaysia “

     

    2. Terbuka kepada

    a. Pelajar Kolej Komuniti

    b. Kakitangan Kolej Komuniti

    1. Peserta hanya dibenarkan menghantar 3 KARYA FOTO sahaja.

    2. Foto mestilah karya asli dan tidak diciplak dari mana-mana sumber.

    3. Suntingan gambar MINIMA sahaja yang di benarkan (Terang Gelap, Cropping, Tone)

    4. Suntingan foto Make Over adalah tidak dibenarkan. (Manipulasi, Pencahayaan Tiruan, Tambahan Kesan Khas dan sebagainya. )

    5. Foto Black & White dibenarkan.

    6. Setiap foto hendaklah dicetak di atas ‘Photo Paper’ saiz A4 dan ditampal di atas Mounting Board hitam dengan sempadannya berukuran 5cm ( atas ) x 5cm ( kiri & kanan ) x 8 cm ( bawah )

    7. Semua karya yang dihantar hendaklah disertakan CD ‘Soft Copy’ dalam large format ( JPEG ). Borang penyertaan hendaklah ditampal di belakang Mounting Board. Nama, no. kad pengenalan dan nombor telefon hendaklah di tulis pada CD.

    8. Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD

    9. Semua karya yang dihantar akan menjadi milik penganjur.

    10. Semua kos berkaitan dengan penghantaran karya adalah ditanggung oleh peserta.

    11. Pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab sekiranya karya yang dihantar tidak sampai, hilang atau rosak semasa penghantaran.

    12. Semua penyertaan hendaklah sampai kepada pihak penganjur sebelum atau pada 12 Oktober 2012 (5.00 pm). Penyertaan yang lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diadili.

     

     

     

     

     

Indeks Berita