Portal Rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

 English 



peta laman
Program Lawatan Internship MMC Gamuda
Friday, 24 October 2014
article thumbnail

Program Lawatan Internship MMC Gamuda di Terowong MRT Jalan Inai,Kuala Lumpur. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pengarah JPKK, Dato' Amir bin Md.Nor dan disertai oleh wakil-wakil dari JPKK,Kolej Komuni [ ... ]

Filter
  • Lawatan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti ke Kolej Komuniti Baling

     

    Lawatan YBhg. Dato' Amir Bin Md Noor ke Kolej Komuniti Baling pada 27 April 2014. Terima Kasih Dato'.

    lawanKP4

    lawanKP1

    lawanKP3

  • MAJLIS PERASMIAN PROGRAM USAHAWAN PERINTIS DI KOLEJ KOMUNITI BALING

     

    Anjuran bersama Pengerusi Biro Industri dan Pembangunan Usahawan UMNO Baling dan Kolej Komuniti Baling. Dirasmikan pada 25 April 2014 oleh YB Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim. Antara kursus yang yang dianjurkan adalah Hot Cake Red Velvet, Decoration Cup Cake, Kursus Asas keusahawanan dan Kursus Asas Online. Program berlangsung selama dua hari iaitu 25-26 April 2014 dengan bilangan peserta seramai 41 orang.

    baling

    baling2

    baling3

  • SUKARELAWAN DIPERLUKAN : ISLAMIC OUTREACH ABIM CENTRE

    Makluman. Briged Sukarelawan BRISK KKSY akan turut bersama menyertai
    Program Sukarelawatan/Daie Ziarah Hospital - Islamic Outreach ABIM Centre!

    abim

    Maklumat Program :
    Tarikh : 27 April 2014 (Ahad)
    Tempat : Auditorium CME, Hospital Selayang.
    Bayaran RM6 sahaja.

    Program ini telah berjalan sejak September 1990, Sedar atau tidak program ini sudah berumur 24tahun!

    Facebook : https://www.facebook.com/IslamicOutreachAbim
    Website : http://wwww.ioacentre.com/home

    Daftar segera!! Terdapat 30 kekosongan lagi!
    (Jumlah Peserta :100 orang)

    [SUKARELAWAN DIPERLUKAN]

    Adakah anda tahu, kita sangat kekurangan sukarelawan di Hospital?
    Jom lapangkan masa hujung minggu anda untuk membantu pesakit di hospital!
    Sila Whatapp/Mesej : NAMA, PEKERJAAN, EMEL, & LOKASI.
    1) Hospital Kuala Lumpur : Eyni (019 246 9076)
    2) Hospital Ampang : Hafiz (013 470 4775)
    3) Hospital Sg Buloh : Pn Monaliza (013 343 5726), Thoriq (017 203 1983)
    4) Hospital Serdang : Sufri (UPM) (013 450 8766), Norain (UKM) (013 653 3499), Hilmi (UPM) (014 585 8492)
    5) Hospital Rehabilitasi Cheras : Qamariah (013 865 6787)
    6) Hospital Selayang : Abdul Rahman (IIUM Gombak) (017 369 7934)
    7) Hospital Kajang : Razman (012 309 1215)
    8) Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang : Azizah (017 407 9677)
    # Kami akan hubungi utk maklumkan tarikh ziarah
    # Sila join group : https://www.facebook.com/groups/677215838987178/

  • BEST INDUSTRI PARTNER : KOLEJ KOMUNITI

     

    bestindustripartner

    Kolej Komuniti telah menerima anugerah "Best Industry Partner" di ANNUAL AUTOMOTIVE INSURANCE INDUSTRY FORUM 2014 di Hotel Concorde KL bagi sumbangan melatih tenaga kerja industri khususnya untuk kenderaan EEV. Tahniah Dato'Amir Md Noor 

  • Pengiktirafan Dunia : Pensyarah Kolej Komuniti Paya Besar

    payabesar
    paya besar

     

  • Kejayaan Pelajar Kolej Komuniti

     

    00000000Kejayaan pelajar

    Puan Nur Shakila bt Ramli, merupakan graduan Kolej Komuniti Arau bagi jurusan pemasangan elektrik. Untuk mengetahui kisah kejayaan beliau sebagai graduan Kolej Komuniti, jangan lupa esok, secara langsung di rancangan Wanita Hari Ini, TV3. beliau akan berkongsi rahsia kejayaan walaupun mempunyai kelayakan hanya di peringkat Sijil di KOLEJ KOMUNITI. Tak penting di mana ANDA bermula yang penting di mana ANDA berakhir.

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

    APC

    Tahniah diucapkan kepada semua yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013. Pingat tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Pendidikan semasa Majlis Perutusan YAB Menteri Pendidikan Tahun 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 28 Januari 2014.Semoga perkhidmatan anda akan terus cemerlang, gemilang, dan terbilang.

  • Pelajar Kolej Komuniti Selayang serlah KEHEBATAN

    KK SELAYANG

  • Anugerah Akademik Negara 2013

     

    00000000AAN2013

    Anugerah Akademik Negara merupakan pengiktirafan tertinggi Kerajaan kepada ahli akademik yang telah memberikan sumbangan yang tinggi dan cemerlang kepada perkembangan pendidikan dan pembangunan negara. Anugerah ini merupakan acara tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mula dianjurkan pada tahun 2006 dan akan memasuki tahun kelapan penganjurannya.

    Untuk makluman, pada penganjuran kali ini buat pertama kalinya permohonan/pencalonan telah dibuka kepada semua Institusi Pengajian Tinggi termasuk Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

    **sila klik sini untuk maklumat lanjut

  • Majlis Pelancaran Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi Negara 2013

    Majlis Pelancaran Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi 2013-2015 & WISE 2013 telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi di Dewan Serbaguna, Taman Mawar, Pasir Gudang pada 21 April 2013.

    Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang komprehensif dan pragmartik bagi tempoh 2013-2015 bertujuan untuk memantapkan lagi pelaksanaan pendidikan dan keusahawanan di IPT tempatan serta memastikan matlamat Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT tercapai. "Women in Social Enterprise" (WISE)  pula merupakan satu program kerjasama keusahawanan sosial peringkat nasional di antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Ianya berkonsepkan program pemindahan ilmu mengenai kemahiran perniagaan daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada komuniti Sahabat Usahawan AIM.

    usahawan1

  • Berita baik kepada semua lepasan Kolej Komuniti

    Berita BAIK untuk semua lepasan pelajar KOLEJ KOMUNITI yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke POLITEKNIK. Untuk keterangan lebih lanjut, sila klik pada pautan ini.

    BELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI ANDA MAMPU KE MENARA ILMU IMPIAN ANDA.

  • Peluang Pekerjaan Kepada Lepasan Pelajar Kolej Komuniti

    Pengumuman

    Sugarscarf Enterprise (0001920679-X) ingin menawarkan pekerjaan kepada bekas-bekas pelajar Kolej Komuniti yang mengambil kursus jahitan. Bekas-bekas pelatih Mestilah mahir mengunakan mesin jahit industri, mahir jahitan kelim dan mahir dan pandai menjahit kain chiffon. kami menawarkan gaji yg agak lumayan + kemudahan-kemudahan untuk pekerja.

    Antara kemudahan dan kelebihan yang kami sediakan ialah:
    1. Asrama yang selesa
    2. potongan kwsp dan socso 
    3. Makan Tengahari.

    Tempat bekerja: Area Seksyen 7, Shah Alam

     488072 10151418445734576_656736751_n


    Sekiranya anda calon yang kami cari sila emailkan detail berkenaan diri anda di:
    sugarscarf.riqa@gmail.com
    she@sugarscarfbyriqa.com
    019-3699867

  • Karnival 4K Kolej Komuniti di Kolej Komuniti Hulu Langat

    08042013

    -Sumber ihsan dari Harian Metro bertarikh 8 April 2013-

  • Jom Kita Kenali KOLEJ KOMUNITI

    Berikut adalah penerangan mengenai teras-teras dalam pemerkasaan Kolej Komuniti.

    (sumber: Buku Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015)

     teras12

    teras34

    teras56

  • Pemakluman 11 April 2012 sebagai hari kelepasan am

     

    Hebahan pemakluman 11 April 2012 (Rabu) sebagai hari kelepasan am tambahan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara pada 24 Februari 2012 di Majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 24 Februari 2012.

    cuti-pertabalan

  • Majlis Penyerahan Bangunan Kolej Komuniti Kluang

     

    Majlis Penyerahan Bangunan Kolej Komuniti Kluang telah diadakan pada 7 April 2012 lalu. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Dr. Hou Kok Chung.

    penyerahan


  • Bakal graduan Kolej Komuniti maut kemalangan

    kemalangan

    KUALA TERENGGANU - Bakal graduan Kolej Komuniti Kampus Kuala Terengganu maut setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dalam satu kemalangan di Jalan Pasir Panjang, di sini, malam kelmarin.

    Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, mangsa, Mohamad Izzat Mohamad Ghani, 21, dari Kampung Padang Gelong Bilal, di sini, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave mati di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan.

    Menurut saksi kejadian, Roslan Ngah, 48, pada mulanya mangsa cuba mengelak daripada dirempuh oleh kereta jenis Nissan Grand Lavina apabila pemandu terbabit, seorang kakitangan awam, 54, gagal mengawal kenderaan selepas merempuh sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 yang ditunggangi seorang remaja.

    “Pemandu kereta yang datang dari arah Kampung Gelong Bilal menuju ke pusat bandar telah merempuh sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 sebelum itu dan disebabkan kejadian itulah, dia gagal mengawal keretanya lalu merempuh motosikal ditunggangi mangsa dari arah bertentangan sehingga mangsa tercampak ke tengah jalan.

    “Bagaimanapun, mangsa yang gagal bangun sekali lagi dirempuh oleh sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang datang secara bertentangan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

    Penunggang motosikal jenis Honda Ex-5, Mohd Zaki Said, 21, dari Kampung Masjid Haji Kadir mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman badan dan menerima rawatan di Bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

    Manakala kedua-dua pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian.

  • Perasmian Kolej komuniti Segamat 2

    Perasmian Kolej Komuniti Segamat 2 telah diadakan pada hari Sabtu, 3 Mac 2011 sempena Program Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin ke Daerah Segamat. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan untuk orang ramai seperti kursus pendek, pameran kemahiran, pendidikan dan keusahawanan.

    perasmian-kksegamat2

  • Big Apple tawar biasiswa

    Big Apple Interasia Sdn. Bhd. telah menawarkan biasiswa berjumlah RM24,000 kepada 17 pelajar terpilih daripada Kolej Komuniti Selayang untuk membuka perniagaan. Melalui kerjasama pintar ini, Big Apple akan menawarkan latihan, biasiswa dan pekerjaan kepada 6 pelajar OKU dan 11 pelajar normal yang berjaya dalam temuduga oleh pihak Big Apple.

    DoU

Indeks Berita