Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

 English 



peta laman
Filter
  • DUA PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SELAYANG WAKIL NEGARA KE ABILYMPICS

  • Perhimpunan Bulanan Jan/Feb 2016

    Sekitar Perhimpunan Bulanan JPKK Jan/Feb 2016 yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat & Korporat

  • Lunch & Music

    24 Februari 2015 : YB Dato' Seri Idris Jusoh bersama Yap Yee Heng dan Muhamad Safiudin Hj Rosli yang akan mewakili negara ke pertandingan Abilympics 2016. Turut bergambar YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Ybhg Dato' Prof Dr Asmah Ismail dan Ybhg Dato' Amir Md Noor

     

  • Tak Ada Istilah Susah

    Keratan akhbar Sinar Harian 24 Februari 2016

  • Program Motivasi Pelajar & Kerjaya

    Ikon skuad inspirasi Kolej Komuniti‬ YBhg. Dato' Fazley Yaakob akan berada di ‪Hulu Perak‬ hujung minggu ini di Karnival Pendidikan Tinggi dan Kerjaya sempena Program Pemukiman daerah Y.A.B Menteri Besar Perak di daerah Hulu Perak.

    Jom jumpa di sana!

  • TEMUBUAL SELAMAT PAGI 1 MALAYSIA - 22 FEBRUARI 2016

  • Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 - Johor

    Temui kami di Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 pada 20 - 21 Februari 2016 bertempat di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. Lebih dari 120 IPT akan membuka kaunter pameran.

     

  • AKTIVITI BOOTH KOLEJ KOMUNITI SEMPENA JOM MASUK IPT, KPTN 2016 DI TERENGGANU 13-14 FEBRUARI 2016

  • KOLEJ KOMUNITI BINA RUMAH MAMPU MILIK RM19,900

    Pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Malaysia (KKM) berjaya membina sebuah rumah di sini dengan kos lebih murah dalam masa 22 hari melalui kaedah Sistem Pembangunan Industri (IBS).

    Rumah pertama hasil gabungan tenaga dan kepakaran pelajar dan pensyarah dari 11 buah KKM itu didirikan di Kampung Padang Landak Jerteh dengan kos RM19,900.

    Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata keupayaan KKM membina rumah berukuran 20 kaki lebar dan 30 kaki panjang yang mempunyai dua buah bilik, dapur serta bilik air dengan kaedah IBS itu merupakan kejayaan luar biasa.

    “Pelajar dan pensyarah daripada Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Kelantan, dan Terengganu bergabung menggunakan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing merupakan satu kejayaan di saat penduduk miskin memerlukan tempat kediaman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Komuniti itu di Kampung Padang Landak Jerteh di sini hari ini.

    Beliau berkata, 50 buah rumah lagi akan dibina mengikut kaedah yang sama di Besut tahun ini untuk penduduk miskin yang dipilih J3K.

    Idris turut menawarkan kepakaran pelajar dan pensyarah KKM dalam pembinaan rumah penduduk miskin di kawasan Parlimen yang mempunyai rancangan untuk membina rumah seumpama itu di negeri masing-masing.

    Katanya negeri yang berminat boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti untuk mendapatkan khidmat tersebut kerana kini terdapat sebanyak 104 buah KKM di seluruh negara yang boleh menawarkan khidmat pembinaan rumah komuniti secara sukarela itu.

    Beliau berkata, melalui pembinaan Rumah Komuniti itu, kos perbelanjaan sebanyak RM40,000 untuk pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) dapat dijimatkan hampir 50 peratus.

    Rumah Komuniti pertama di Kampung Padang Landak itu diserahkan kepada Mohd Ghazali Mat Rani, 51.

     

  • TEMUBUAL DI ASTRO AWANI MENGENAI KPTN 2016

  • Perutusan Ketua Pengarah JPKK 2015

    Perutusan

  • Kerajaan Pertimbang Tambah Kolej Komuniti: TPM

    Petikan daripada Keratan akhbar ‪Utusan Borneo 14 Februari 2015

     

  • Sokongan Pengarah Kolej Komuniti Pahang

    Pengarah-pengarah Kolej Komuniti wilayah Pahang juga turut memberi sokongan di booth Kolej Komuniti sempena Karnival Pendidkan Tinggi Negara 2015 yang berlangsung di Kuantan, Pahang.

  • Menteri Pendidikan II sertai ‪‎Ccrnbstompers‬

    Sempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara yang diadakan di Kuantan, YB Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II telah menyertai ‪‎Ccrnbstompers‬ mengalunkan muzik dari bahan terbuang/terpakai dan menghasilkan muzik yang menarik.

  • Majlis Kolaborasi Strategik ‪Kolej Komuniti‬ wilayah ‪Sarawak‬

     

    Majlis Kolaborasi Strategik ‪Kolej Komuniti‬ wilayah ‪Sarawak‬ bersama ‪Score‬ dan Industri berimpak tinggi yang telah berlangsung pada 13 Februari 2015

  • YAB TPM menandatangani Papan Graphicrecording

    (Petikan Keratan akhbar The Borneopost 14 Februari 2015)

     

    YAB TPM menandatangani papan graphicrecording di Majlis Kolaborasi Strategik KolejKomuniti wilayah Sarawak bersama Score dan industri berimpak tinggi di Kolej Komuniti Kuching pada 13 Februari 2015.

  • Sumbangan bantuan banjir Yayasan Sukarelawan Siswa KPM

    Majlis sumbangan bantuan banjir kepada kakitangan dan pelajar kolej komuniti oleh Yayasan Sukarelawan Siswa KPM. Bantuan disampaikan oleh Dato' Zuraidah Atan, Pengerusi YSS kepada Dato' Amir Md Noor mewakili semua 11 kolej komuniti yang terjejas sepanjang bencana banjir melanda negara hujung tahun lepas.

  • Bersaing ala Master Chef : Kolej Komuniti Sungai Petani JOHAN

    Bersaing ala Master Chef

  • Kursus Bahasa Jepun

     


    kursus bahasa jepun kkkl

    Seramai 12 peserta daripada Maahad Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) menyertai kursus ini. Mereka adalah pelajar tingkatan 5 yang sedang menunggu kepututsan SPM. Terima kasih kerana memilih KKKL sebagai institusi pengajian pilihan anda. Kepada sesiapa yang ingin menyertai pelbagai kursus pendek anjuran KKKL, sila hubungi Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat KKKL di talian 03-31202030 untuk maklumat lanjut.

  • Kursus Jahitan Blaus Wanita & Seluar Palazzo

     

    Kursus Jahitan Blaus Wanita & Seluar Palazzo

    Tarikh : 22&23 Februari 2014 (Sabtu & Ahad).
    Tempat : Aras 2, KK Kota Tinggi
    Yuran Kursus: RM20.00.

    Bahan yang perlu dibawa oleh peserta:-
    Kain lecra (4m), kertas minyak (pola), pembaris, gunting, benang dan lain-lain alatan jahitan.

    Jika Berminat, sila hubungi Pn.Hani (07-8821763)

    1965659 674795795899706 1399574015 o

     

  • Bergambar bersama YBhg Dato' Amir bin Md Noor ketika penutupan SUKIPT 2014

     

    PENUTUPAN SUKIPT 16FEBRUARI

    Y. Bhg. Dato' Amir bin Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan SUB Bahagian Sukan KPM, En. Hazally Jali, bergambar kenangan bersama barisan pengarah Kolej Komuniti selepas majlis penutupan #sukipt2014 pada 16 Februari 2014 di UiTM Shah Alam

  • Kerjasama Menyediakan Busana Lengkap Untuk Drama SALOMA

    saloma 

    “Saloma” - Puan Sri Salmah binti Ismail (22 Januari 1935 - 25 April 1983) atau lebih dikenali sebagai Primadona Saloma merupakan salah seorang penyanyi dan bintang filem yang terkenal dari tahun 1950-an hingga 1980-an. Selain itu, beliau juga merupakan adik kepada seniwati Mariani dan pengarah filem Malaysia terkenal iaitu Mellisa Saila merupakan salah seorang anak buah kesayangan Saloma.

    Sehubungan dengan itu, Mellisa Saila juga ibunya seniwati Mariani ingin berkongsi dan menceritakan kepada orang ramai bagaimana perit suka duka perjalanan seni seniwati Saloma dengan diabadikan dalam bentuk drama yang bertajuk “SALOMA”. Pada pertengahan bulan Oktober 2013, pengambaran drama Saloma telah dijalankan di Penang selama sebulan dan dijangkakan akan mula ditayangkan dikaca television pada bulan April 2014 dengan kerjasama dan terbitan ASTRO.

    Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah dipilih oleh Mellisa Saila dalam usaha sama untuk menyediakan busana lengkap bagi watak Saloma yang telah dijayakan oleh Pelakon wanita terkenal Malaysia iaitu Nabila Huda. Rentetan dari itu, Sekali lagi pihak pengurusan Kus Semangat Aktor dibawah naungan Mellisa Saila telah memilih Kolej Komuniti Kuala Terengganu sebagai costume maker untuk busana promo drama Saloma yang dijangka akan dijalankan pada bulan March 2014.

  • KURSUS ASAS FOTOGRAFI

     

    Sesiapa yang berminat boleh mendaftar. Sila berhubung dengan unit kursus pendek atau terus kepada Puan Hasaliza selaku penyelaras. Prasyarat kursus ini ada setiap peserta perlu memiliki kamera DSLR sendiri.

    kursus DSLR

  • Kolej Komuniti Selangor Juara LIGA IPT

    sukipt

  • Kolej Komuniti Kuala Terengganu bantu Pemandu Teksi

     

    Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT)  telah membantu lebih kurang 45 pemandu teksi di sekitar kawasan Kuala Terengganu untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengerusi Penyelaras KKKT Datuk Mohd Sabri Alwi di Stesen Teksi Tanjung, Dataran Shahbandar. Pada masa yang sama 'sticker' Jom Masuk Kolej Komuniti juga dilekatkan pada badan teksi bagi tujuan hebahan dan promosi.

    KKT BAntu teksi

  • 5 pelajar Kolej Komuniti antara calon perserta bagi ASEAN SKILL COMPETITION 2014

     Tahniah kepada 5 pelajar Kolej Komuniti yang menjadi calon peserta bagi Asean Skill Competition 2014 yang bakal diadakan di Hanoi, Vietnam pada bulan Oktober nanti. Pemilihan peserta akan diumumkan pada bulan Jun, dan semoga pelajar-pelajar ini berjaya melayakkan diri ke pertandingan tersebut.

    aseanskills

  • Majlis Perutusan YBhg Dato Ketua Pengarah JPKK 2014

    MAJLIS PERUTUSAN YBHG DATO KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    TAHUN 2014

    AUDITORIUM AKEPT, NILAI, NEGERI SEMBILAN

    4 FEBRUARI 2014

    collageKP

    collageKP1

     

    *** untuk mendapatkan slide penuh perutusan YBHG Dato KP boleh layari facebook rasmi JPKK

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

  • PENGEMASKINIAN DATA PPPT 2013 OLEH PEGAWAI LATIHAN KOLEJ

    Assalamualaikum & Salam Kegemilangan,

    Tuan / Puan,

    PENGEMASKINIAN DATA PPPT OLEH PEGAWAI LATIHAN PEMBANGUNAN STAF (PLPS) 2013

    Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

    2. Unit Latihan memohon agar semua PLPS mengemaskini data PPT mengikut turutan link di bawah;

    3. Kerjasama tuan / puan amatlah dihargai dan didahului dgn ucapan terima kasih.

    Sekian,

    Unit Latihan JPKK

  • Kolaborasi Pintar Kolej Komuniti, IRDA dan Industri Peruncitan

     

    Karnival Mesra Komuniti 1Malaysia & Pelancaran Kolaborasi Strategik Kolej Komuniti Bersama Irda & Industri Peruncitan anjuran Kolej Komuniti Pasir Gudang telah diadakan pada 17 Februari yang lalu.Program telah dihadiri oleh YB Menteri Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin bertempat di AEON Permas Jaya dari 9.00 pg hingga 6.30 petang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk persembahan artis terkenal tanahair.

    irda

    irda2

    irda4

    irda5



  • Lawatan YBM ke KK Langkawi dan Pelancaran Majlis Pelancaran Kolaborasi Industri Bersama Akademi Pelancongan Langkawi

    YBM Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin meluang masa untuk melawat ke Kolej Komuniti Langkawi bersempena dengan Majlis pelancaran kolaborasi Industri, Akademi Pelancongan Langkawi pada 1 Feb 2013 yang lalu.

    langkawi2

    Ketibaan YBM Dato' Seri disambut mesra oleh warga Kolej Komuniti Langkawi

    langkawi1

    YMB Dato' Seri Mohamed Khaled mencuba untuk memdeko kek yang disediakan oleh KKLK

    sambil dilihat oleh Datuk Ab Rahim Md Noor dan En. Amir bin Md Noor.

    langkawi3

    YBM Dato' Seri Mohamed Khaleed mengetuk ais untuk mengeluarkan kunci untuk merasmikan restoran The Hub Kolej Komuniti Langkawi


    Majlis Pelancaran Kolaborasi Industri Akademi Langkawi

    Sekitar majlis pelancaran.

    taylor1

     

    taylor2

    taylor3

     

     

Indeks Makluman