Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

 English 



peta laman
Filter
  • Tahniah KK Rembau - Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan 2014

    Tahniah Kolej Komuniti Rembau yang mendapat Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan 2014 berdasarkan indeks akauntabiliti 2014

  • Tindakan Semasa Jerebu Di Tempat Kerja

  • Selamat Datang JKKP ke JPKK

    Selamat Datang diucapkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang akan menjalankan pemeriksaan di Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Butiran seperti berikut:

    Tarikh  : 30 September 2015

    Masa    : 10 pagi hingga 5 petang

    Tempat: Situation Room , Aras 7, JPKK

     

  • Selamat Datang Wakil JKKP ke JPKK

    Selamat Datang diucapkan kepada wakil Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ke Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) bagi menjalankan pemeriksaan terhadap pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 . Butiran lawatan seperti berikut:

    Tarikh : 30 September 2015 (RABU)

    Masa  : 10 pagi ke 5 petang

    Tempat: Situation Room, Aras 7 , JPKK

     

  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

    Sukacita dimaklumkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan menjalankan pemeriksaan di JPKK bagi mengenalpasti tahap pematuhan terhadap

    Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Klik SINI untuk mengetahui akta tersebut.

  • Pertandingan PERISA

    Pertandingan PERISA akan diadakan mengikut butiran berikut:

    Tarikh: 28 dan 29 September 2015

    Tempat: Kolej Komuniti Temerloh

    Tema: Inovasi Pemangkin Kelestraian Ilmu.

  • Hari Terbuka Kolej Komuniti Penampang

    23 September 2015

    PENAMPANG : Hari Terbuka Kolej Komuniti Penampang merupakan aktiviti promosi yang dilaksanakan bagi komuniti sekitar penampang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran dan kursus pendek antaranya adalah kursus solekan, ukiran buah, penghasilan kraftangan dan kulinari.  Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi  dan turut hadir bersama  Ybhg Dato’ Amir Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti dan Ybhg Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Pengerusi Penasihat Kolej Komuniti Penampang.

     

  • Game-On! Work Based Learning Programme for Higher Education Institutions

    Kuala Lumpur - 22 SEPTEMBER 2015 Game-On! Work Based Learning Programme for Higher Education Institutions ini adalah merupakan kerjasama pihak Kolej Komuniti Selayang dan Codemasters  Studio untuk mengadakan satu sesi khas penyerahan sijil penghargaan kepada pelajar WBL-Diploma Games Art, KKSY setelah berjaya menamatkan sesi WBL selama lapan bulan. Seramai 12 orang pelajar telah menjalani latihan industri dan diberi kepercayaan untuk turut serta menjayakan produksi sebenar dengan menyumbang hasil karya dalam seni permainan bertaraf antarabangsa. Untuk makluman pelajar-pelajar ini terlibat secara langsung bagi penghasilan game F1 Play Station 4 yang diiktiraf oleh pihak antarabangsa.

    Objektif  program ini adalah seperti berikut:

    a.    Memberi penghargaan terhadap usaha gigih pelajar menjayakan misi WBL dan sumbangan mereka dalam penglibatan produksi sebenar seni permainan bertaraf antarabangsa dengan terukir nama mereka di dalam karya tersebut.

     

    b.    Sebagai usaha memperluaskan usaha promosi dan keterlihatan program Diploma Games Art Kolej Komuniti di mata dunia.

     

    c.    Penganugerahan sijil dan pemindahan kepakaran dari industri bertaraf antarabangsa adalah diharap mampu melonjak masa hadapan pelajar Kolej Komuniti ke arah prospek yang lebih luas.

  • 20 Penuntut KK Pahang Berjaya Tawan

    BENTONG - Percubaan kedua mendaki Puncak Gunung Tahan setinggi 2,187 meter membuahkan kejayaan apabila 20 peserta dari Kolej Komuniti Pahang berjaya menawan gunung tersebut dalam masa dua hari.

    Cabaran kali ini yang merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) bersama Kolej Komuniti Bentong diadakan sekali lagi setelah Cabaran Tahan tahun lalu tidak berjaya menawan puncak gunung tersebut berikutan masalah cuaca, sekali gus ekspedisi mendaki terpaksa dihentikan. 

    Ketua ekspedisi terbabit, Mohd Lokman Mat Ripin berkata, keadaan berbeza pada tahun ini kerana disokong dengan keadaan cuaca yang elok membuatkan peserta bersemangat mendaki Gunung Tahan untuk sampai ke puncak.

    “Ekspedisi ini bermula di Kuala Juram, Merapoh, pada 11 September dan berjaya berada di puncak pada 12 September. 

    “Pada 13 September mereka bergerak kembali ke Kuala Juram dan sampai ke destinasi pada 14 September,” katanya.

    Menurutnya, ekspedisi ini menguji ketahanan fizikal dan mental peserta dengan menggunakan moto ‘Come On Orang Muda’ untuk membakar semangat pendaki yang lain agar bertahan dan meneruskan pendakian berikutan bentuk muka bumi gunung tersebut yang sangat curam. 

    “Selain itu, semua aktiviti masak dan pemasangan khemah dan solat berjemaah menyemai semangat bekerja berkumpulan dan membentuk sifat kepimpinan dalam diri peserta,” katanya.

    Bercerita lanjut menurutnya, semasa perjalanan ke puncak  ada antara peserta yang hampir berputus asa, seorang peserta mengalami kecederaan dan ada juga yang demam. 

    “Namun, sokongan yang padu dari peserta yang lain dan semangat yang kuat mereka mampu meneruskan aktiviti pendakian. 

    “Cabaran makin meningkat semasa dalam perjalanan kembali ke Kuala Juram, di mana ramai peserta yang cedera kerana aktiviti pendakian ekstrem,” katanya.

    Menurutnya, meskipun berdepan dengan bentuk muka bumi yang berliku namun mereka amat terpukau dengan kecantikan flora dan fauna serta pemandangan di Taman Negara tersebut seperti air terjun yang indah di Lata Luis dan pokok-pokok bonsai di Kem Bonsai," katanya.

  • Pelajar KK Rompin Pesilat Terbaik Lelaki IPT

    TAHNIAH. Pelajar Kolej Komuniti Rompin Pahang (KKRP), Zarish Hakim meraih Anugerah Pesilat Terbaik Lelaki IPT Tempatan di Kejohanan Pencak Silat ANTARABANGSA Piala TPM. Keseluruhannya para pesilat KKRP berjaya meraih 4 EMAS, 1 PERAK & 2 GANGSA di kejohanan ini.

  • Perasmian Felinna Boutique, butik muslimah alumni ‪KK Sungai Petani yang dis

    Majlis Perasmian Felinna Boutique (Cawangan ke empat Alumni Jutawan Job Creators Kolej Komuniti Sdr. Rafie Ramli) di Bangi Selangor. Perasmian disempurnakan oleh Tn. Mohd Nasir Abd Ghani (Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti KPT). Majlis perasmian berjaya dilaksanakan dengan gilang gemilang. Syabas Sdr Rafie Ramli dan isteri di atas sambutan yang hebat daripada warga Malaysia. Moga terus berjaya dalam misi Jihad Bisness tn. Penghargaan kepada semua warga BKK dan KK yang turut memberi sokongan khususnya pensyarah dan pelajar KK Selayang, KK Hulu Selangor dan Hulu Langat. Rangkaian perniagaan alumni KK mewarnai dunia perniagaan Malaysia.

  • Pelajar KK Kulim Raih Tempat Kedua di Commonwealth Karate Championship

    Tahniah!! Pelajar Kolej Komuniti Kulim, Thanaraj a/l Suparmaniam yang mewakili Malaysia di Commonwealth Karate Championship bertempat di Talkator Indoor Stadium New Delhi, India pada 18-20 September 2015 telah berjaya memenangi pingat Perak. Syabas kerana mengharumkan nama Malaysia dan Kolej Komuniti!

  • Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sembilan Melaka dan Johor 2015

    20 September 2015 - Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor 2015 akan diadakan pada 19 September 2015 di Dewan Besar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) di sini. Majlis      perasmian dan penganugerahan sijil disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

    Seramai 1598 orang pelajar menerima Sijil Kolej Komuniti dalam Majlis Konvokesyentersebut. Para graduan adalah lulusan dari 33 bidang kemahiran seperti Mekanikal Pembuatan, Fesyen dan Pakaian, Terapi Kecantikan dan Spa, Dandanan Rambut, Fotografi Komersil, Kulinari, Multimedia Kreatif Pengiklanan, Servis Kenderaan Ringan, Servis Penyejuk dan Penyaman Udara, Pastri, Pengendalian Pelancongan, Lukisan Senibina, Animasi 2D, Pemasangan Elektrik, Akuakultur dan Landskap. Turut ada graduan lulusan dari bidang-bidang seperti Pengoperasian Perniagaan, Akuantasi, Sistem Komputer Sokongan, Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Pelancongan dan Pengembaraan. Selain penyampaian sijil kepada para graduan, turut diadakan penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang, Anugerah Industri dan Anugerah Ketua Pengarah.

     

    Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, YBhg Dato’ Amir Md. Noor. Menurut beliau, Majlis Konvokesyen ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej-Kolej komuniti dan mereka dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti. Beliau berharap  agar para graduan akan terus mengorak langkah bagi menyemarakkan budaya ilmu dan  memartabatkan institusi pendidikan Kolej komuniti dalam  melahirkan generasi yang berwawasan. Dan terus menerajui kecemerlangan sejajar dengan slogan Kolej Komuniti iaitu Community Colleges Create Champions dan High Tech High Value.

    Mutiara telah dipilih sebagai konsep bagi Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sembilan, Melaka & Johor bagi tahun 2015. Pelajar-pelajar Kolej Komuniti diumpamakan seperti sebutir MUTIARA yang boleh diserlahkan bakat, minat dan kehebatannya agar dapat memberi sumbangan yang bernilai kepada bangsa, agama dan negara. Usaha penyelam mendapatkan MUTIARA pula diibaratkan seperti amanah yang perlu dilaksanakan oleh para pensyarah dalam usaha menggilap bakat dan minat pelajar sepanjang pengajian mereka.  Ini selaras dengan komitmen Kolej Komuniti dalam melahirkan graduan TVET yang holistik, berciri keusahawanan dan berdaya saing di peringkat lokal dan global dalam merealisasikan lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Sebanyak 22 Kolej Komuniti yang terlibat dalam Majlis Konvokesyen tersebut

     

  • Perasmian Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat 2015

    14 Sept 2015 -

    Nilai , 14 September 2015 –  Pendidikan Islam Sepanjang Hayat merupakan satu agenda negara dalam usaha mempersiapkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan menggabungkan kemahiran dan pendidikan yang bersifat UKHRAWI dan DUNIAWI.  Secara tidak langsung, pembangunan holistik pelajar dan masyarakat dapat diteruskan sepanjang hayat.

     

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang meletakkan PSH di lonjakan tiga iaitu ‘menghayati pembelajaran sepanjang hayat’  supaya PSH menjadi amalan dan cara hidup rakyat Malaysia.

     

    Program PSH akan terus ditingkatkan supaya menjadi lebih berkualiti, samada secara formal mahupun tidak formal, dalam pelbagai bidang dan laluan untuk pembangunan profesional dan individu tanpa mengira tahap pendapatan ataupun latar belakang.

     

    Pendidikan Islam Sepanjang Hayat merupakan salah satu inisiatif yang dicetuskan di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat. Dasar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat bertujuan bagi memastikan umat islam mendapat Pendidikan Islam formal secara berterusan dan tidak terhenti di peringkat sekolah, kolej, mahupun universiti semata-mata. 

     

    Sebaliknya ilmu pendidikan Islam harus diteruskan di sepanjang hayat kehidupan. Manakala latihan kemahiran diberikan kepada pelajar-pelajar tahfiz, pondok dan maahad bagi memastikan mereka berkemahiran seterusnya mampu berdaya saing dalam menghadapi cabaran global.

     

    Kementerian Pendidikan Tinggi dibawah kelolaan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia telah menganjurkan  Seminar PISH Peringkat Nasional pada 14 dan 15 September 2015 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 

     

    Seminar PISH berdasarkan tema, Pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat : Isu dan Cabaran ianya juga merupakan lanjutan daripada usaha membudayakan PISH dalam kalangan masyarakat di negara ini sehingga mencapai objektif utamanya iaitu memastikan golongan sasaran mendapat pendidikan Islam yang berterusan di samping memperoleh ilmu kemahiran yang berupaya  menjana pendapatan dan seterusnya meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat.

     

    Seminar ini  juga bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan ahli akademik dan orang awam mengenai peluang dan ruang pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan bagi rakyat jelata tanpa mengira usia dan latar belakang peserta PISH.  Seminar ini memfokuskan kepada isu dan cabaran membudayakan PISH di peringkat  Nasional yang boleh melonjakkan pembangunan sumber manusia yang berpengetahuan serta berkemahiran di semua peringkat umur  melalui PISH.

     

    Seminar PISH  2015 peringkat nasional ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.

    Turut hadir bersama  Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang,Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi,

    Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor ,Pengerusi  Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI),

    Dato’ Amir Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti,

    Dan Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad , Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia

     

     

    Menteri Pendidikan Tinggi merasmikan Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat 2015

     

  • Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sembilan Melaka dan Johor

    Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor 2015 yang berlangsung di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Durian Tunggal di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Datuk Amir Md. Noor.

    Pada majlis itu, 1,598 graduan menerima sijil masing-masing selepas berjaya menamatkan pengajian dalam 33 bidang kemahiran peringkat sijil di empat kolej komuniti di Negeri Sembilan, enam di Melaka dan 12 di Johor.

    - See more at: http://m.utusan.com.my/pendidikan/kampus/kolej-komuniti-perlu-terus-lahirkan-modal-insan-pelbagai-bidang-1.137905#sthash.JmCleJ0N.dpuf
  • Program & Syarat Kemasukan Ke Kolej Komuniti (Ambilan November 2015)

  • Portal Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015

    Layari portal Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015 di pish.jpkk.edu.my atau langgani terus melalui iTunes U untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini.

  • Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat

    Seminar ‪ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan ahli akademik dan orang awam mengenai peluang dan ruang pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan bagi rakyat jelata tanpa mengira usia dan latar belakang peserta.

    Seminar ini akan memfokuskan kepada isu dan cabaran membudayakan pembelajaran Islam sepanjang hayatdi peringkat Nasional yang boleh melonjakkan pembangunan sumber manusia yang berpengetahuan serta berkemahiran di semua peringkat umur .

    Perasmian seminar akan berlangsung pada 14 September 2015 di Dewan Tuanku Canselor USIM

  • Tahniah Langkawi Tourism Academy & Taylors University

    Tahniah buat seluruh warga ‪Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi & ‪Taylors University telah menerima Anugerah antarabangsa di

    PATA Grand Awards(Education & Training). Anugerah diterima oleh YBhg Dato' Amir Md Noor, Ketua Pengarah ‪Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.

  • K3G 2015 :Tahniah KK Jempol dan KK Sungai Petani

    TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!


    Juara bagi pertandingan usahawan inovasi, Piala Menteri Pendidikan Tinggi K3G 2015 telah dimenangi oleh Kolej Komuniti Jempol‬ (3 Pin Plug Penyerap Kilat) dan tempat ketiga di menangi oleh ‪Kolej komuniti Sungai Petani‬ (Aiskrim Pegaga Honeydiew).

    KETIGA: KK SUNGAI PETANI

     

    JOHAN : KK JEMPOL

     

  • Gilap Bakat Sukan Kolej Komuniti

     

    MARANG 29 Sept. - Rangkaian Kolej Kemuniti di seluruh negara terus digerakkan untuk bersama-sama institusi pengajian tinggi yang lain bagi membantu usaha membudayakan sukan dan mengangkat kecemerlangan.

    Kejohanan Sukan Kolej Komuniti merupakan salah satu landasan yang disediakan dan pertandingan tahunan itu sudah memasuki edisi ketujuh tahun ini dengan bakat-bakat yang terasuh itu semakin menunjukkan pencapaian membanggakan dalam beberapa lapangan sukan di peringkat negara.

    Dalam Kejohanan Sukan Kolej Komuniti 2014 yang bermula Jumaat lalu dan berakhir di sini hari ini, Kontinjen Perak muncul sebagai juara keseluruhan setelah mengumpul empat pingat emas, satu perak dan dua gangsa.

    Mereka mengatasi sembilan lagi kontinjen termasuk tuan rumah, Terengganu yang bergabung dengan Kelantan sebagai satu pasukan menduduki tangga kedua dengan tiga pingat emas dan dua perak manakala Negeri Sembilan dan Melaka di tempat ketiga (dua emas, empat perak, dua gangsa).

    Kejohanan itu mempertanding enam acara sukan utama iaitu badminton, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, boling dan petanque di beberapa lokasi dengan penyertaan 388 atlet dari 10 pasukan mewakili negeri masing-masing.

    Pengerusi Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (Maskom), Mohd. Zufri Yazid memberitahu, kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti, sekali gus membantu melahirkan lebih ramai atlet profesional pada masa depan.

    Melalui acara itu, bakat sukan pelajar dapat diketengahkan ke peringkat lebih tinggi iaitu Temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SuKIPT), seterusnya mewakili negeri masing-masing ke kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) dan sebagai atlet negara.

    "Setakat ini, bakat yang dicungkil menerusi Kejohanan Sukan Kolej Komuniti ini diiktiraf kerana kita berupaya melahirkan ramai atlet berwibawa negara, khususnya dalam acara petanque," katanya ketika ditemui dalam penutupan kejohanan sukan tersebut di Wakaf Tapai di sini hari ini.

    Acara penutupan disempurnakan oleh Penasihat Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT), Datuk Mohd. Sabri Alwi.

    Yang hadir sama Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Wan Mohd. Nasir Wan Abdul Rahman serta pengarah-pengarah Kolej Komuniti di seluruh negara.

    Mengulas lanjut, Mohd. Zufri berkata, pihaknya tidak mementingkan kuantiti atlet yang bertanding pada setiap kejohanan, sebaliknya menjadikan kualiti sebagai penanda aras kejayaan penganjuran sukan itu.

    "Disebabkan itu, kita berusaha untuk meningkatkan kualiti pada setiap edisi bagi memastikan bakat serta kemampuan para atlet yang bertanding dapat digilap sepenuhnya.

    "Kita juga meletakkan standard yang berbeza bagi setiap edisi kejohanan dan alhamdulillah pada edisi kali ini, saya nampak atlet yang bertanding mempamerkan kualiti yang lebih baik berbanding sebelumnya," ujar beliau.

    Selain KKKT, agensi dan jabatan lain yang terlibat secara langsung dalam menjayakan penganjuran kejohanan sukan selama empat hari itu ialah Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Wakaf Tapai, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Jabatan Belia dan Sukan negeri serta Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

    Yang turut terlibat ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri, Hospital Daerah Hulu Terengganu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manir.

    Selepas Terengganu, Pulau Pinang dijangka menjadi tuan rumah untuk edisi kelapan kejohanan tersebut tahun depan.

  • Karnival K3G - Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan 2014

    Sebanyak 78 penyertaan diterima penganjur dan 40 pasukan terpilih ke peringkat akhir.

    Pertandingan terbahagi kepada 2 sesi :

    1) PEMBENTANGAN Rancangan Perniagaan (Poster) - 26 Pasukan daripada Kolej Komuniti telah terpilih.

    2) BUSINESS PITCHING (Peringkat Akhir) - 20 pasukan TERBAIK dipilih daripada pembentangan Rancangan Perniagaan (10 Pasukan TERBAIK daripada Kolej Komuniti tersenarai)

    Keputusan AKHIR.

    JOHAN - KK Batu Gajah
    NAIB JOHAN - KK Bandar Darul Aman
    TEMPAT KETIGA - Universiti Sains Islam Malaysia

    10 buah Kolej Komuniti memasuki peringkat akhir.
    TAHNIAH kepada semua KK yang telah mengambil bahagian. Syabas kepada Kolej KK yang Berjaya.

    Kejuaraan usahawan muda daripada kolej komuniti selama  dua tahun berturut-turut ini adalah kejayaan seluruh pensyarah-pensyarah kolej komuniti yang sentiasa menerapkan nilai Keusahawanan pada para pelajar.

  • Tahniah Pelajar KK Batu Gajah & KK Bandar Darul Aman

    KKBG  KKBDA

     

    Tahniah kepada pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti Batu Gajah yang telah menjuarai Pertandingan Inovasi Keusahawanan Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2014 (Karnival K3G 2014 ) yang berlangsung di Universiti Malaya. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7000. Produk inovasi yang dihasilkan oleh mereka adalah “cut and sew”.

    Tempat kedua bagi pertandingan tersebut milik pelajar-pelajar Kolej Komuniti Bandar Darulaman yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 5000 dan produk inovasi yang dihasilkan adalah “Maggi Tem”.

    Tahniah juga kepada 8 kolej komuniti lain yang berjaya masuk ke peringkat akhir dan memenangi hadiah saguhati sebanyak RM 500.

  • Selamat Berangkat ke Tanah Suci YAB Timbalan Perdana Menteri

    YAB g haji

     

    YAB Timbalan Perdana Menteri dan isteri telah berangkat menunaikan fardhu haji padaahad 28 September 2014.

    Beliau dijangka kembali pada 10 Oktober 2014.

    Warga Jabatan Pengajian Kolej Komuniti mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci dan selamat kembali.

    Semoga YAB TPM dan isteri beroleh haji mabrur.

     

  • K3G perkenal peluang pekerjaan menerusi rangkaian pangkalan data

     

    KUALA LUMPUR 28 Sept. - Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) yang berlangsung di Universiti Malaya (UM) hari ini, memperkenalkan penggunaan sistem pangkalan data menerusi rangkaian laman web kepada semua graduan yang sedang mencari pekerjaan.

    Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, graduan yang masih mencari pekerjaan boleh melihat peluang pekerjaan yang ditawarkan menerusi laman web tersebut iaitu http://www.k3g.my dan terus membuat permohonan.

     

    "Majikan yang ingin menyertai boleh mendaftarkan maklumat organisasi serta maklumat berkaitan peluang pekerjaan yang ingin ditawarkan di rangkaian tersebut.

     

    "Di samping itu, graduan perlu mendaftarkan maklumat diri dan memuat naik resume mereka untuk rujukan majikan," katanya pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah K3G Pertandingan Piala Inovasi Menteri Pendidikan di Dewan Tunku Canselor UM di sini hari ini.

     

    Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Prof. Datuk Dr. Roziah Omar.

     

    Yang turut hadir, Naib Canselor UM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof dan Ketua Unit Keusahawanan Kementerian Pendidikan, Datin Dr. Syahira Hamidon.

     

    Program K3G itu anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasama UM disertai sebanyak 78 syarikat dan

    pempamer perniagaan termasuk Sapurakenchana Petroleum Berhad, Huawei Technologies, MCT Consortium Berhad dan Bank Islam.

     

    Menurut Zaini, kira-kira 20 institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar Lembah Klang yang meliputi penyertaan daripada graduan, pelajar dan pensyarah menyertai karnival tersebut.

     

    Beliau berkata, penganjuran karnival tersebut akan diperkukuhkan dengan memasukkan elemen peningkatan kemahiran kepada pengunjung yang hadir khususnya para graduan.

     

    "Sempena karnival ini, Kolej Komuniti serta Politeknik di seluruh negara juga dijemput bagi memberi pendedahan kepada orang ramai berkenaan kursus kemahiran yang ditawarkan.

     

    "Sejak penganjuran karnival ini, ia telah menjadi satu platform untuk pengintegrasian dan kolaborasi antara agensi kerajaan dan pelbagai industri bagi menawarkan peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada pelajar," katanya.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140929/dn_20/K3G-perkenal-peluang-pekerjaan-menerusi-rangkaian-pangkalan-data#ixzz3EgSLErkL
    © Utusan Melayu (M) Bhd

     

  • Kementerian Pendidikan cadang wujudkan lebih banyak akademi pelancongan

    lta

  • Penafian dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

    media

  • FASHION TALK - MAJLIS DIALOG BERSAMA INDUSTRI

     

    Tarikh : 25 SEPT 2014
    Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
    Tempat : Dewan Pameran KK Selayang Aras 2

  • Kerjasama strategik KK Kulim, agensi beri manfaat kepada pelajar

    kolaborasi1 

    KULIM 23 Sept. - Majlis Kolaborasi Strategik 2014 anjuran Kolej Komuniti Kulim (KKK) bagi mewujudkan perkongsian pintar dalam bidang latihan dan pendidikan berlangsung dengan jayanya di dewan persidangan kolej itu di sini, baru-baru ini.

    Antara agensi dan syarikat yang menyertai program itu termasuk Jobs Malaysia Kedah, Jabatan Tenaga Kerja negeri, Kumpulan Barkath, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Kulim, Rzac Cosmetic, EDC Universiti Utara Malaysia (UUM), MNZWAJ Assodiates, R & Z Cosmetics dan Darwish Printing Solutions.

    Program meliputi perkongsian maklumat, teknologi kepakaran dan latihan industri dalam usaha melahirkan lebih ramai pelajar KKK yang berkualiti termasuk untuk menghadapi dunia pekerjaan selepas tamat pengajian.

    Menurut Pengarah KKK, Abdul Rahim Hashim, pihaknya sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana agensi di negeri Kedah dan Pulau Pinang ke arah melahirkan lebih ramai usahawan muda dengan memberikan mereka latihan dan bimbingan secukupnya.

    "Setakat ini, beberapa pelatih di KKK berjaya memperoleh kejayaan hebat dalam bidang tertentu dan usaha menambah usahawan baru perlu dilakukan dari semasa ke semasa," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian program tersebut.

    Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Chua Thiong Ghee merangkap Lembaga Penasihat KKK ketika berucap merasmikan majlis itu berkata, usaha dilakukan banyak memberi manfaat kepada bakal pelajar kolej berkenaan.

    "Masyarakat tempatan juga perlu ambil peluang menyertai program ini hasil jalinan kerjasama antara agensi berkenaan dengan KKK itu," katanya.

    Menurutnya, cita-cita KKK untuk membawa perubahan hidup kepada masyarakat tempatan bakal menjadi kenyataan jika usaha dilakukan sentiasa mendapat sokongan semua pihak.

    Sementara itu, Eksekutif Sumber Manusia EDC UUM, Wan Eina Isma Wan Kamarulzaman berkata, kerjasama seumpama itu mampu melahirkan lebih ramai pelajar KKK yang berkualiti dalam menghadapi kerjaya di masa akan datang.

    "Melalui perbincangan diadakan itu, pihak UUM sedia melakukan apa sahaja yang terbaik untuk membawa perubahan lebih menarik di KKK tersebut," katanya.

     

  • Kejohanan Sukan Kolej Komuniti 2014

    Acara Sukan yang Dipertandingkan:

    Sepak Takraw, Bola Tampar, Bola Jaring, Badminton, Petanque, Bowling

     

    Tarikh:

    26 hingga 29 September 2014

     

    Tempat:

    FRU WAKAF TAPAI & TER BOWLING CENTER

    TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT

  • LTA 2014 Food Fest

     

    YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan telah merasmikan Langkawi Tourism Academy Food Festival 2014 di Langkawi Tourism Academy@KKLangkawi dan telah melaksanakan gimik pelancaran perasmian dengan menumbuk sambal belacan bersama YBhg Dato Amir Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

    LTA

  • FASHION TALK : Dialog bersama Industri

    FASHION

  • Semangat Tak Kerdil

     

    Keratan akhbar Harian Metro 19 September 2014 - Penuntut Kolej Komuniti Tapah berketinggian semeter terima Anugerah Pelajar Cemerlang di Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia yang diadakan pada 18 - 21 September 2014.

    keratan akhbar

  • KONVOKESYEN KOMEMORATIF KOLEJ KOMUNITI 2014

    SEKITAR MAJLIS KONVOKESYEN KOMEMORATIF KOLEJ KOMUNITI 2014 YANG BERLANGSUNG DI DEWAN D2, MALAYSIA AGRO EXPOSITION PARK SERDANG (MAEPS),  YANG BERMULA DARI 18 HINGGA 21 SEPTEMBER 2014.

    JUMLAH GRADUAN BAGI MAJLIS KONVOKESYEN PADA KALI INI ADALAH SERAMAI 3282 GRADUAN, 2008 GRADUAN LELAKI DAN 1274 GRADUAN PEREMPUAN.

    konvo1konvo3

     

  • Ccrnbstompers catat Malaysia Book of Records


     

    Seramai 1030 stomp yang terdiri dari warga kolej komuniti telah bermain muzik selama 39 minit 26 saat.

    yang mencipta satu rekod baru bagi 'Malaysia Book of Record' !

     

     

  • Karnival GeMerSIKK 2014

    Karnival GeMerSIKK2014

    (Gempak Merdeka Semarak Ilmu Bersama Kolej Komuniti )

    Telah berlangsung di Tapak Ekspo Tawau 100 Tahun

    13 September 2014

    Disempurnakan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan

  • Tahniah buat 2 pensyarah Kolej Komuniti Hulu Langat

    pensyarah KKHL

    Dua orang pensyarah Kolej Komuniti Hulu Langat, En Abdul Haris Ismail dan En Sharul Nizam Mohd Mahpal akan mewakili Kolej Komuniti Hulu Langat ke Program "TECHNICAL SKILLS UPGRADING PROGRAMME FOR VOCATIONAL AND TECHNICAL TEACHERS IN SOUTHEAST ASIA ON FACILITY TECHNOLOGY" di SINGAPORE pada 15 September 2014 sehingga 03 Oktober 2014.

    Tahniah!!!

  • 91 % Lulusan Dapat Kerja

    Keratan Akhbar Utusan Malaysia 11 September 2014

    dapt kerja

  • Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2014

     

    MAJLIS KONVOKESYEN KOMEMORATIF KOLEJ KOMUNITI 2014


    TARIKH : 18 HINGGA 21 SEPTEMBER 2014 (Khamis  hingga Ahad)


    LOKASI : HALL D2, MALAYSIA AGRO EXPOSITION PARK SERDANG (MAEPS)

  • Tahniah Kolej Komuniti Sungai Petani

    Tahniah Kolej Komuniti Sungai Petani(KKSP) di atas kejayaan mendapat Naib Johan di Grand Finale Kejohanan Petanque Ipt 2014 yang diadakan di Kuantan, Pahang pada 4-7 September 2014.

    Kejayaan tersebut adalah sesuatu yang amat membanggakan kerana ia merupakan pertaruhan awal KKSP dalam mengetengahkan pelajar Pendidikan Khas KKSP dalam kategori BEREGU PENDIDIKAN KHAS KATEGORI JEMPUTAN (Terbuka).

  • TAHNIAH : 180 pemimpim pelajar kolej komuniti tamat kursus

    kkTAMAT

  • Senarai Peserta Akhir Road To Milan 2013

    Pihak JPKK mengucapkan tahniah kepada 20 peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Pertandingan Road To Milan 2013.

  • Laporan Pengurusan Pasukan Silat MASKOM

    LAPORAN PENGURUSAN PASUKAN SILAT MASKOM

    KEJOHANAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI 2013 (15-20/9/2013)
     
    PASUKAN MASKOM TELAH MENJADI JOHAN KESELURUHAN KATEGORI IPT
      

    Senarai nama pemenang dan pingat bagi Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2013

    1.       Tanding (Silat Olahraga Putera IPT)

    Kelas (KG) Nama IC Kolej Komuniti Pingat

    A ( 45-50 )

    ARIEFFUDIN BIN RIDZUAN

    921116-13-5211

    Rompin

    Emas

    B ( 50-55 )

    MUHAMMAD AZZAHAARI BIN BASIRON

    930319-04-5404

    Bukit Beruang

    Emas

     

    F ( 70-75 )

     

    MOHD AIDIL ADHA BIN ISMADI

    940514-01-6385

    Bukit Beruang

    Emas

     

    G ( 75-80 )

     

    KHAIROL AZRY BIN SHOHAIMY

    911130-14-5863

    Rompin

    Gangsa

     

    I  ( 85-90 )

     

    MOHD NOR DELMI ALIF BIN DIN

    900531-06-5473

    Rompin

    Gangsa

     

    2.       Tanding (Silat Olahraga Puteri IPT)

    Kelas (KG) Nama IC Kolej Komuniti Pingat

    A ( 45-50 )

    DHIYA IZZATI FARZIHA BINTI ABD GHAPAR

    930310-02-5782

    Rompin

    Emas

    B ( 50-55 )

    NORMANJALINA BINTI  MADON

    920522-14-6608

    Rompin

    Perak

    E ( 65-70 )

    NORSYAFIQAH BINTI SUHAIMI

    910211-07-5428

    Rompin

    Emas

    E ( 65-70 )

    SITI ZALIKA BINTI JAMALUDIN

    930318-14-6538

    Rompin

    Gangs

    3.       Silat Seni Puteri (Ganda PuteraIPT)

    Nama IC Kolej Komuniti Pingat

    MUHAMMAD AZZAHAARI BIN BASIRON

    930319-04-5404

    Bukit Beruang

    Gangsa

    MUHAMMAD HANAFI BIN ADAM

    911119-04-5757

    Bukit Beruang

    Gangsa

     

     JPKK mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.

     

  • Senarai Pelajar Kolej Komuniti yang berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Kemahiran Malaysia 2013

     

    Tahniah buat semua pelajar-pelajar Kolej Komuniti yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan kemahiran Malaysia 2013. Teruskan usaha anda untuk melonjakkan nama Kolej Komuniti sebagai peneraju komuniti yang berkemahiran. Pertandingan akhir ini akan berlangsung sempena Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2013 (KEKK) anjuran Kementerian Sumber Manusia pada 26-30 September 2013 bertempat di MAEPS, Serdang.

  • Sekitar Karnival My3L Zon Utara

    Keratan Akhbar Berita Harian 18 September 2013, Karnival My3L promosi Pembelajaran Sepanjang Hayat

    my3lutara

     

     

     

     

  • Lawatan Mesra YB Timbalan Menteri Pendidikan II ke Kolej Komuniti Mas Gading

     

     

    Lawatan Mesra YB Timbalan Menteri Pendidikan II ke KK Mas Gading

    TS II


     

     

  • Program Budaya Niaga Satu Johor

    Program Budaya Niaga Satu Johor telah diadakan pada 6 - 8 September 2013 di Akademi Kemahiran Latihan Insan (AKLI), Kota Tinggi, Johor.

    Pelancaran program telah dilaksanakan oleh Pn Hjh Sapiah, Pengarah Kolej Komuniti Ledang dan perasmian penutup disempurnakan oleh Y.Brs En Amir Md. Noor Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

    Kolej Komuniti Bandar Penawar telah menjadi Johan bagi kedua-dua Cabaran iaitu Cabaran Usahawan Muda dan Cabaran Catur Bistari.

  • PELANCARAN PROGRAM JELAJAH MERDEKA 2013

    Program Jelajah Merdeka 2013 telah diadakan dengan jayanya pada 6-9 September 2013 dan bertempat di Pantai Air Tawar , Besut Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh YB Menteri II Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Idris bin Jusoh.Ucapan terima kasih juga buat Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti,Yang Berbahagia En Amir bin Md Noor kerana turut hadir ke program ini.

     

    Gimik sempena Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II, Dato' Idris bin Jusoh.

     

    Dato' Seri Idris bin Jusoh bersama Ketua Pengarah Kolej Komuniti, En Amir bin Md Noor dibawa menaiki kereta kuda ke Pentas Perasmian Program Jelajah Merdeka 2013

    Penyerahan Cendermata oleh Ketua Pengarah Kolej Komuniti kepada Dato Seri Idris bin Jusoh.

     

     

     

     

     

  • Majlis Penutup Karnival My3L

    Majlis Penutup Karnival My3L Peringkat Nasional telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi , YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin pada 23 September 2012 bertempat di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

     DSC0190

     

     

  • Perasmian Karnival My3L Peringkat Nasional

    my3l 1

    Perasmian Karnival My3L Peringkat Nasional telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Haji Omar Abd Rahman Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) pada 22hb September 2012 bertempat di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC.

    my3l 3

  • Sidang Media dan Promosi Karnival PSH - My 3L

    Satu sidang media dan promosi sempena Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat di Sri Pentas, Bandar Utama pada 19 September 2012. Antara yang hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha KPT, Datuk Abdul Rahim Md Noor ; Ketua Pengarah JPKK, Encik Amir Bin Md Noor; Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Bersama Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid; Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Media Prima, Ahmad Izham Omar serta Juara Masterchef Selebriti , Dato' Fazley Yaakob.

     Aktiviti promosi ini juga diperhebatkan di Lobi Sri Pentas, Bandar Utama melalui Mini Karnival PSH bermula seawal Jam 8.00 pagi  dengan penyertaan:

    a. KK Selayang - Percussion, All Donut, Katering bagi MHI bersama Dato Fazley (Ikon PSH), Color Therapy on canvas, Fruit Carving

    b. KK Selandar/KK Masjid Tanah - Landskap

    c. KK Kota Melaka - Solekan Karakter, Spa & Refleksologi, Pedicure &Manicure

    d. KK Sabak Bernam - Produk Jem Halia

    e. KK Tampin - Dandanan Rambut

    f. KK Kuala Langat - Pembuatan Coklat

    g. KK Bentong - Demo Penghasilan cermin dihiasi plaster siling

     

     

     

     

     

  • Kolej Komuniti Kuala Langat terima pengiktirafan

    316841 317800601652279_705939511_n

  • Maklumat Tempat Latihan PPK

    Salam 1Malaysia,

    Peserta-peserta yang akan terlibat dengan Kursus PPK, boleh mendapatkan maklumat terperinci berkenaan latihan pada link di bawah

    Tempat Latihan

    Sekian, terima kasih.

    Unit Latihan, BDPK

    JPKK

  • AYRC X3 2011

    ayrc

    AKEPT'S 1ST ANNUAL YOUNG RESEARCHERS INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXHIBITION

    Maklumat berkenaan Pembentangan Kertas Kerja & Pameran Poster Inovasi Anjuran AKEPT

    TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA KOLEJ KOMUNITI

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berikut :

    http://www.mohe.gov.my/akept/ayrc/

    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan , boleh berhubung dengan Puan Norasykin di talian 03-88835878Berikut adalah statistik permohonan keperluan peralatan ICT bagi Perolehan Secara Berpusat dari kolej komuniti yang telah dikemaskini pada 14 September 2011.

  • PERMOHONAN PERALATAN ICT

     

    STATISTIK PERMOHONAN KEPERLUAN PERALATAN ICT BAGI PEROLEHAN SECARA BERPUSAT KOLEJ KOMUNITI

    Sekiranya terdapat maklumat yang berbeza daripada statistik yang dipaparkan, mohon email kepada noorhidayah@mohe.gov.my" data-mce-href="mailto:<a href="mailto:noorhidayah@mohe.gov.my">noorhidayah@mohe.gov.my">noorhidayah@mohe.gov.my atau haffiz_ibrahim@gmail.com" data-mce-href="mailto:<a href="mailto:haffiz_ibrahim@gmail.com">haffiz_ibrahim@gmail.com">haffiz_ibrahim@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

    Terima Kasih.
  • Autodesk Design Competition

     

    acad

    Prestariang Systems Sdn Bhd and Autodesk Malaysia together with Institute Sultan Iskandar of Urban Habitat and Highrise, Universiti Teknologi Malaysia and Ministry of Higher Education (MOHE) once again bring you the Autodesk Malaysia Design Competition 2011 (AMDC2011). Please see details about the competition:

    http://www.utm.my/institute-sultan-iskandar/amdc2011.html

    Please download flyer, poster & banner at below link:

    1) AMDC Flyer

    2) AMDC Poster

    3) AMDC Web Banner

Indeks Makluman