Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

 English 



peta laman
Filter
  • Majlis Penutup SIPMA 2015

    Sekitar Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) Kali Ke-6 yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertempat di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

  • TAHNIAH BAGI KEMENANGAN DALAM PIALA SERI ENDON 2015

  • Misi Bantuan Banjir

  • Himpunan Usahawan Muda Kolej Komuniti Wilayah Timur

    Satu Himpunan Usahawan Muda Kolej Komuniti Wilayah Timur telah diadakan pada 15-17 Disember 2013 di Bukit Gambang Resort City Pahang. Program telah berjaya mengumpulkan seramai 700 pelajar dari kolej komuniti wilayah timur dan 65 pelajar kolej komuniti yang terlibat di dalam program Junior Advance Development of Entrepreneur (JADE). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg En. Amir Bin Md.Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. Sepanjang 3 hari pelaksanaan karnival, peserta berinteraksi secara langsung dengan usahawan berjaya daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pahang (DPMM) melalui medium forum dan perbincangan meja bulat. Program juga menyaksikan seramai 8 kumpulan peserta program JADE ditawarkan peluang perniagaan oleh mentor melalui Anugerah Khadijah dan Nordmilah.

    HUM1

    HUM3

  • Pelajar Kolej Komuniti serlah kreativiti

    rtm 1

  • Sekitar Majlis Penutupan Langkawi International Extreme Challange 2013

    Majlis Perasmian Penutupan LIEC 2013 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Eksekutif Langkawi Development Authority (LADA) bertempat di Resort World Langkawi.

    LIEC 2013 ini merupakan program khas di bawah Bahagian Sukan, Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama antara Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Langkawi Tourism Academy@KKLangkawi sebagai penganjur program.

     

    Upacara Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh Dr Yusuf Ismail, Timbalan CEO LADA disaksikan oleh Ketua Pengarah JPKK, En.Amir Bin Md Noor

    Dr Yusuf Ismail menyerahkan bendera LIEC kepada pengarah program LIEC 2013 utk diserahkan kepada pengarah program LIEC 2014 sebagai tanda berakhirnya LIEC 2013

     

    Ketua Pengarah JPKK, menyerahkan cenderahati penghargaan kepada Dr Yusuf Ismail Tmb CEO LADA

     

    Para pemenang LIEC 2013 bergambar kenagan bersama VVIP

     

  • Kolej Komuniti Berperanan Besar dalam pembangunan Modal Insan

    program aspirasi kk 2013

  • KK Arau berjaya menghasilkan Kebaya terbesar Perlis

    kebaya terbesar perlis

  • 100 Peserta Sertai "Langkawi International Challenge"

     

    LANGKAWI, 1 Dis (Bernama) -- Seratus peserta mewakili 19 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk kolej komuniti dan politeknik seluruh negara menyertai 'Langkawi International Extreme Challenge' (LIEC) 2013 di sini selama dua hari bermula Ahad.

    Setiausaha Bahagian Sukan (Sektor Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Hazally Jali berkata peserta LIEC itu termasuk pelajar luar negara yang belajar di Malaysia antaranya dari Nigeria, Indonesia, Tanzania, Arab Saudi, Yemen, Pakistan, China, Kenya dan Uganda.

    Katanya para peserta itu menghadapi cabaran dua disiplin iaitu berbasikal sejauh 69 kilometer dan larian merentas desa sejauh 16 kilometer.

    Pada hari kedua Isnin, mereka diuji dengan disiplin sama namun jarak berbasikal lebih jauh iatu 26 kilometer manakala larian mendaki gunung sejauh tiga kilometer, katanya semasa berucap merasmikan LIEC 2013 di sini Ahad.

    Hazally berkata penganjuran kali ini adalah yang pertama membabitkan peserta antarabangsa yang sebelum ini hanya membabitkan peserta tempatan.

    Menurutnya acara sukan lasak itu yang memasuki edisi kelima dengan penjenamaan baharu dianjurkan oleh Langkawi Tourism Academy.

    -- BERNAMA

  • Penganugerahan Portal "5 Bintang" dalam MGPWA2012 kepada JPKK

    12.12.12 Suatu Seminar & Penganugerahan Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2012  telah dianjurkan oleh MDEC bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Di majlis tersebut, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) telah menerima "Anugerah Cemerlang" di atas penarafan Portal 5 Bintang dalam MGPWA 2012. Ketua Unit ICT JPKK,  Encik Badarudin Bin Kusni mewakili JPKK bagi penganugerahan tersebut.

    mgpwa2012

     

  • PENGEMASKINIAN DATA PPK & CPCM PADA ESIS

    Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

    Pegawai Latihan Staf, Kolej Komuniti

    Perkara : MEMOHON UNTUK MENGISI BORANG PENGEMASKINIAN DATA PPK & CPCM PADA ESIS & SIJIL PPK

    Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

    2. Unit Latihan memohon agar Pegawai Latihan Kolej mengisi borang pengemasknian data Esis & CPCM sebelum atau pada 14 Disember 2012 (5:00 ptg). Berdasarkan masalah yang berlaku di E-sis, iaitu data kehadiran PPK dan CPCM yang telah dikemaskini oleh Unit Latihan sebelum ini, ada staf/pensyarah/peserta yang sebelum ini terpapar telah hadir kursus PPK tetapi setelah beberapa tempoh data pada esis menunjukkan tiada PPK atau CPCM.

    3. Oleh itu, tuan /puan boleh mengisi borang online tersebut pada link (SILA KLIK). Unit Latihan akan mengumpul data dan maklumat peserta yang ada masalah di E-Sis untuk diberikan kepada Administrator (BLK).

    4. Kerjasama tuan / puan amatlah dihargai

     

    Sekian, terima kasih.

     

    Unit Latihan BDPK

    JPKK

  • Program Yuran Pengajian Separuh Masa Bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)

     

    Permohonan boleh dibuat di :

    https://payloan.mohe.gov.my/hlpsb/yuran

    Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Disember 2012.

  • Iklan permohonan pemangkuan / kenaikan pangkat PPPT gred DH41/42 ke gred DH44

    Penyiaran Iklan Pemangkuan / Kenaikan Pangkat Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Kementerian Pengajian Tinggi Gred DH41/42 ke Gred DH44. Untuk muat turun iklan sila klik disini.

     

    Perhatian : Tarikh tutup permohonan 3 Januari 2013

  • Kajian Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971

    images

     

    Kajian pindaan AUKU sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Pindaan AUKU.

    Sertai soal selidik mengenai kajian ini agar pihak KPT dapat mengumpulkan pandangan anda terhadap AUKU secara umumnya. Semua maklumat adalah sulit dan responden tidak akan dikenal pasti. Masa, pandangan dan kejujuran anda untuk melengkapkan soal selidik ini sangat dihargai.

    Sila klik pautan di bawah untuk menjalankan kajian.

    Kajian Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971

    Sebarang maklumbalas atau pandangan mengenai AUKU juga boleh disalurkan melalui akaun facebook rasmi pindaan AUKU di www.facebook.com/aukuwg atau emelkan ke aukuwg@mohe.gov.my

    Maklumbalas dan pandangan ini amat dihargai.

     

  • FORMAT PELAPORAN LNPT KOLEJ KOMUNITI

    target


    Muat turun Format Laporan LNPT berikut ;-

    Lampiran A : Contoh Ratio Mengikut Kumpulan

    Lampiran B : Calon APC 2011

    Lampiran C : Calon Simpanan APC 2011

    Lampiran D : Gred 41 ke bawah

    Lampiran E : Gred 44

    Lampiran F : Gred 48

    Lampiran G : Gred 52

    Lampiran J : FORMAT PERATUSAN MARKAH LNPT 2011


    Mohon patuhi tarikh akhir penghantaran Borang LNPT untuk mengelakkan kelewatan. Tarikh akhir penghantaran Borang LNPT dan Laporan PPSM adalah seperti yang berikut:


    1.   Pegawai yang Dinilai (PYD) kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP): 15 Disember 2011                

    2.   Pegawai Penilai Pertama (PPP) kepada Pegawai Penilai Kedua (PPK): 21 Disember 2011            

    3.   Pegawai Penilai Kedua (PPK) kepada Urusetia Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di Kolej Komuniti: 28 Disember 2011             

    4.   Urusetia PPSM di Kolej Komuniti kepada Urusetia PPSM di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti: 30 Disember 2011


    Sekian, terima kasih.

Indeks Makluman