Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

 English 



peta laman
Filter
  • Suka Sucre Deko Kek

    10 pengunjung yang terawal hadir di booth Kolej Komuniti dan mendaftar sebagai peserta kursus PSH berpeluang mengikuti kursus Suka Sucre Deko Kek bersama ikon Skuad Inspirasi Kolej Komuniti Dato' Fazley Yaakob di booth kolej komuniti sempena KPTN2016 Jom Masuk IPT 2016.

  • Aktiviti Booth Kolej Komuniti Sempena Jom Masuk IPT, KPTN 2016

  • LOKASI DAN TARIKH KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016

  • Lawatan ke Silver Ant

     

    Lawatan Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II ke Silver Ant pada 29 Januari 2015. Silver Ant adalah salah sebuah syarikat animasi yang bekerjasama dengan Kolej Komuniti bagi meningkatkan kemahiran pelajar di bidang animasi.

  • Majlis Perutusan Tahun Baru 2015 Ketua Pengarah JPKK

    Majlis Perutusan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 22 Januari 2015 Masa : 6.30 petang Tempat : Dewan Siantan 1 & 2 Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, 62675, PUTRAJAYA

  • Majlis Perutusan Tahun baru 2015

    Amanat Tahun Baharu 2015 oleh YBhg Dato' Amir b Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Bagi yang tidak berkesempatan berada di Dewan Sri Siantan, 'live streaming' majlis amanat menerusi boleh dilayari melalui pautan www.youtube.com/embed/4b9rzQxndFI
  • Pelajar KKKL Bukti Prihatin

    Petikan Keratan akhbar Berita Harian 20 Januari 2015 dalam ruangan Pendidikan, muka surat 1

    PelajarKKKL

  • Permohonan Kemasukan 2015

    kemasukan2015

  • Penyerahan Bantuan Baju Sekolah dari Kolej Komuniti

     

    Majlis penyerahan bantuan baju sekolah kepada mangsa banjir yang telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II di SMK Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Turut hadir YBhg Dato' Amir Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

  • Program Ziarah Ketua Pengarah JPKK Ke Kelantan

     

    YBhg Dato' Amir Md Noor menziarahi dan meluangkan masa bersama penduduk setempat di Masjid Hasanah, Kota Bharu ,Kelantan serta menyampaikan bantuan dari Kolej Komuniti.

  • Pelepasan skuad misi bantuan banjir membawa pakaian sekolah

     

    Majlis pelepasan skuad misi bantuan banjir wilayah selangor yang membawa pakaian sekolah yang dihasilkan oleh kolej komuniti seluruh Malaysia disempurnakan oleh YBhg Dato' Amir Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti buat pelajar-pelajar mangsa banjir di Kelantan.

  • Majlis Pelepasan BriSK Selangor untuk Misi Bantuan Banjir

    Majlis pelepasan misi bantuan kemanusiaan 'Kami Prihatin Mangsa Banjir' anjuran Kolej Komuniti Wilayah Selangor yang diadakan di ‪‎Kolej Komuniti Selayang‬ dan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Amir bin Md Noor, Ketua Pengarah ‪‎Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

    Semoga perjalanan briged sukarelawan ini dipermudahkan agar misi bantuan bencana banjir dapat diselesaikan.

  • Penyerahan Barangan kepada Mangsa Banjir

     

    Penyerahan bantuan barangan keperluan kepada 50 keluarga mangsa banjir di Kampung Surau Kota, Kota Bharu oleh Dato' Amir Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, KPM

  • BriSK terima kunjungan Ketua Pengarah JPKK

     

    Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) menerima kunjungan Dato' Amir Md Noor, Ketua Pengarah JPKK, KPM di tempat tugasan sukarelawan KK Wilayah Utara iaitu Pusat Operasi Penyediaan Makanan Petugas & Sukarelawan di Pusat Islam USM Kubang Kerian.

  • Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2013

     Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2013MATEPM

     

    Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2013 telah berlangsung di MAEPS,Serdang pada 23 Januari 2014 dan telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Pada majlis ini, YAB Perdana Menteri telah melancarkan "World Skills Malaysia" dan projek "Road to WSC Sao Paulo 2015".

    Kolej Komuniti hanya menyertai 13 bidang daripada 22 bidang yang dipertandingkan di Pertandingan Kemahiran Malaysia tahun 2013. Tiga orang pelajar dari kolej komuniti telah berjaya memenangi pingat dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia(PKM) iaitu bagi kategori "Restaurant Service" dan "Cooking".

    Pingat emas oleh saudara Mohd Narisyambri (KK Langkawi) dalam bidang "Cooking". Manakala,saudara Sharul Shanizam (KK Langkawi) dan saudari Nor Faizah (KK Sg. Petani) masing-masing telah memenangi pingat perak dan gangsa bagi bidang "Restaurant Service".

    Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang.

     

  • TV Online Kolej Komuniti

     

    Sebagai langkah penjenamaan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, diumumkan mulai dari 21 Januari 2014 TV Online Kolej Komuniti akan mula beroperasi dan memaparkan video dan segmen mengenai Kolej Komuniti menerusi 1Malaysia IPTV.

    pengumuman TV Online

    Berikut adalah langkah-langkah yang perlu  diikuti sekiranya anda ingin menonton TV Online Kolej Komuniti. Program-program masih lagi dalam proses penyusunan. 

    Langkah-langkah TV Online


    Langkah-langkah TV Online2





  • Pertandingan Cabaran Keusahawanan Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaan 2013

     

    Pertandingan Cabaran Keusahawanan Kolej Komuniti Peringkat kebangsaan 2013 telah diadakan pada 27-30 Disember 2013 di Crown Garden Hotel Kota Bharu. Pertandingan ini melibatkan penyertaan dari 69 buah kolej komuniti seluruh Malaysia. Seramai 138 orang pelajar telah terlibat didalam pertandingan ini. Pertandingan diadakan secara liga, daripada 69 buah kolej komuniti yang bertanding, 27 daripadanya mara ke peringkat separuh akhir dan daripada 27 buah kolej hanya 6 buah kolej komuniti sahaja yang berjaya mara ke peringkat akhir.

    Sepanjang 3 hari pertandingan, peserta membentangkan program keusahawanan sosial yang telah dilaksanakan diperingkat kolej masing-masing. Mereka dinilai oleh 6 orang panel.

    Juara pertandingan telah menjadi milik Kolej Komuniti Kuantan, manakala naib juara Kolej Komuniti Baling, tempat ketiga Kolej Komuniti Tanjung Karang, tempat keempat Kolej Komuniti Bandar Penawar dan tempat Kelima ialah Kolej Komuniti Teluk Intan.

    Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Hj Wan Izni Rashidi bin Wan Mohd Razalli, Pengarah Bahagian Pembangunan Akademik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. Di dalam majlis ini juga turut disampaikan sijil kolaborasi Kolej Komuniti Kok Lanas kepada Pengasas D’Navechee Beauty Dato’ Dr Azlina Che Abdullah dan MRR Consultants Dato’ Dr Redzwan Razali.

     

    SESI TAKLIMAT PERTANDINGAN 1

    Sesi mendengar taklimat pertandingan

    SESI PEMBENTANGAN

    Sesi pembentangan

     

    PEMENANG CCSEC 2013

    Barisan pemenang pertandingan

  • MyAgro Hypermart

    My Agro Hypermart ditubuhkan bagi merealisasikan salah satu cabang bidang utama ekonomi Negara (NKEA) iaitu dibawah EPP 8: Food Park/Incubator - sebagai pusat setempat pengumpulan, pengedaran dan pemasaran produk-produk PKS. Selain itu, objektif utama adalah untuk membangunkan ekonomi negara melalui pemasaran produk-produk PKS dalam dan luar negara serta membantu usahawan PKS amnya.

    Warga Kolej Komuniti boleh melayari laman sesawang hypermart disini.

  • AMANAT TAHUN BARU 2013 OLEH YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI NEGARA , DATO' SERI MUHAMED KHALED BIN NORDIN DAN PERUTUSAN TAHUN BARU 2013 OLEH KETUA PENGARAH JPKK, ENCIK AMIR BIN MD.NOOR

     

    Majlis Amanat Tahun Baharu 2013 oleh YBM Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Januari 2013 (Selasa) bersamaan 17 Rabiul Awal 1434 H di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dengan kehadiran dianggarkan seramai 2700 hadirin.

    Manakala, Perutusan Tahun Baru 2013 oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti , Encik Amir Bin Md.Noor telah diadakan pada hari berikutnya pada 30 Januari 2013 ( Rabu ) bersamaan 18 Rabiul Awal 1434 H Di Dewan 2, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dengan dihadiri oleh semua Pengarah Bahagian JPKK, Pengarah Kolej Komuniti, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran Kolej Komuniti, Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, dan semua warga JPKK.

    Berikut merupakan dokumen perutusan yang boleh dimuat turun ;

    1. Amanat Tahun Baru 2013 oleh YBM Menteri

    2. Penyataan Dasar Terkini KPT

    3. Perutusan 2013 oleh Ketua Pengarah JPKK


  • Perasmian Pelancaran Karnival Pengajian Tinggi Negara & Pelancaran Aplikasi Pintar Kolej Komuniti CCSmart

     

    Sekitar Majlis Perasmian Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 & Pelancaran Aplikasi Pintar Kolej Komuniti

    yang berlangsung di Universiti Malaya pada 26-27 Januari 2013 yang lalu.

    602887 540892735935137 343560370 n

     

    YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin melancarkan aplikasi CCSmart, aplikasi pintar untuk permohonan pelajar baru yang dibangunkan oleh

    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Aplikasi ini akan memberi  kemudahan kepada pengguna telefon pintar untuk mendaftar program sepenuh masa

    dan juga program kursus pendek di Kolej Komuniti seluruh Malaysia di mana jua mereka berada.

     

    En. Amir Bin Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti menyerahkan cenderahati kepada YB Menteri yang bertandang ke booth 

    Kolej Komuniti di Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013.

     

    YB Menteri turut cuba memasak hidangan ringkas di booth Kolej Komuniti.


     


    Sandwich man kolej komuniti yang tidak jemu membantu mengedarkan postcard dan memberi penerangan tentang CCSmart dan Aurasma kolej komuniti.

     

     

     


    YB Menteri mendengar penjelasan mengenai CCSmart dan aplikasi Aurasma oleh En Imran Ajmai.

     

     

     


  • SOAL SELIDIK REFLEKSI LULUSAN KOLEJ KOMUNITI

     

    Borang soal selidik ini hendaklah dipenuhi oleh setiap pelajar/peserta kursus pendek di Kolej Komuniti.

    Soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti pencapaian serta pengalaman lulusan setelah tamat pengajian di Kolej Komuniti.

    Soal selidik ini mengandungi Bahagian A – C. Semua soalan di Bahagian B – C merujuk kepada maklumat semasa pengajian dan refleksi kendiri. Tuan/puan diminta untuk menjawab semua soalan dalam borang soal selidik ini.

    Sila berikan maklumat yang tepat untuk soalan-soalan berikut. Terima kasih di atas kerjasama anda.

    Klik DI SINI untuk memulakannya.

  • IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI & ILKA

    iklan upu

     

  • IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TEVT DAN ILKA 2012

    iklan permohonan2

  • Semakan Keputusan Temuduga Biasiswa SLTP 2011

    key-to-success 

    Keputusan Temuduga Biasiswa SLTP 2011 boleh disemak melalui url berikut

    https://payloan.mohe.gov.my/sltp/sltp_result/

Indeks Makluman