Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

 English 



peta laman
Filter
  • PENUTUP KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016

    K P T N | 2016
    Jom warga Lembah Klang dan berdekatan, mari sertai kami!!!
    Luangkan masa hujung minggu anda di Dataran Gemilang, UKM, Bangi, Selangor.

    PENUTUP KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016 (ZON 6), pelbagai Kejutan menanti anda.

    Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 (ZON 6), Jom Masuk IPT di Dataran Gemilang, UKM, Bangi, Selangor mulai 2-3 April 2016.

    Inilah medan terbaik untuk anda mendapatkan pelbagai informasi tentang peluang melanjutkan pengajian di IPT dalam negara, pembiayaan pendidikan, sesi konsultasi bersama BPKP JPT serta pempamer yang mengambil bahagian

    Tempat : Dataran Gemilang, UKM, Bangi, Selangor
    Tarikh : 2- 3 April 2016
    Waktu : 9.00 pagi - 6.00 petang

  • Sekitar Ketibaan Kontijen Abilympics

    Sepang, 29 Mac 2016 - Sekitar ketibaan Kontijen Malaysia yang menyertai 9th International Abilympics Competition di Bordeaux Perancis. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta khususnya pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Selayang.

     

  • KEPUTUSAN PERTANDINGAN DAN PAMERAN PROJEK INOVASI ICOMPEX 16 BAGI KOLEJ KOMUNITI

    Tahniah buat seluruh warga Kolej Komuniti‬ yang telah memenangi pertandingan Icompex 2016‬ di POLIMAS

    ANDA adalah juara Kolej Komuniti . Tahniah juga kepada semua penyertaan dari warga Kolej Komuniti.

  • MAJLIS PERASMIAN JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA YANG DISEMPURNAKAN OLEH YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA

    Sekitar Majlis Perasmian Jelajah Pendidikan Bumiputera yang disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Majlis bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Kuala Selangor.

  • MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN JANA DIGITAL 2016 : PROGRAM AKTIVITI UNTUK RAKYAT (AUR), KOLEJ KOMUNTI SARAWAK

    Program Jana Digital 2016 kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) dan Multimedia Development Corporation (MDeC), dan Program Akitiviti Untuk Rakyat (AUR) Kolej Komuniti Wilayah Sarawak 2016 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Semariang Batu, Kuching.

    Program telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Dato' Seri Haji Fadillah Bin Hj Yusof, Menteri Kerja Raya. Turut hadir bersama ialah YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi serta lain lain Pegawai Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi.

  • JANA DIGITAL 2016 : PROGRAM AKTIVITI UNTUK RAKYAT (AUR), KOLEJ KOMUNTI SARAWAK

  • MAJLIS MERAIKAN PENYERTAAN KOLEJ KOMUNITI SELAYANG KE 9TH INTERNATIONAL ABILYMPICS COMPETITION BORDEAUX FRANCE 2016

     

  • 10 kolej komuniti tahun ini

    KUALA LUMPUR 15 Mac – Kerajaan merancang untuk menambah 10 lagi kolej komuniti pada tahun ini bagi memenuhi permintaan dalam bidang kemahiran yang semakin meningkat.

    Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pembinaan kolej itu akan dilaksanakan secara berperingkat di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti di negara ini.

    Katanya, jumlah kolej komuniti di seluruh negara akan menjadi sebanyak 104 dengan penambahan 10 buah kolej itu.

    “Kolej komuniti merupakan penyedia latihan dan kemahiran dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang menjadi tunjang pembangunan negara.

    “Malah, sambutan program latihan teknikal dan pendidikan vokasional (TVET) dalam kalangan ibu bapa juga amat memberangsangkan.

    “Kalau dulu TVET menjadi pilihan kedua tetapi kini mereka melihat sebagai peluang yang sama baik mengikut kecen­de­rungan anak-anak mereka,” katanya ketika ditemui selepas melawat G Garage Specialist Sdn. Bhd., dekat sini hari ini.

    G Garage Specia­list Sdn. Bhd., yang me­ngendalikan servis ken­deraan kontinen­tal bekerjasama de­­ngan Jabatan Pen­didikan Kolej Komuniti menerusi program kebolehpasaran graduan.

    Setakat ini, program keboleh­pasaran melibatkan 14 kolej komuniti di seluruh negara.

    Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Datuk Amir Md. Noor; Pengerusi G Garage Specialist Sdn. Bhd; Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Pengarah Urusan G Garage Specialist Sdn. Bhd; Datuk Lim Geok Heong dan Pengarah Eksekutif G Garage Specialist Sdn. Bhd; Ng Junn Ei.

    Mengulas lanjut, Idris turut mengga­lakkan pelajar lepasan sekolah untuk terus berkecimpung dalam program TVET dalam usaha memperkasakan industri kemahiran di negara ini.

    Sementara itu, Amir berkata, kadar kebo­lehpasaran lepasan kolej komuniti mencatat 97.4 peratus pada 2015 berbanding 94.2 peratus pada tahun sebelumnya.

    “Kami jangkakan tahun ini akan kekal atau lebih baik memandang­kan kita mempunyai kerjasama dengan pihak swasta.

    “Malah, banyak perjanjian persefahaman (MoU) telah dimeterai, khususnya dalam bidang kejurute­raan dan hospitaliti,” katanya.

     

    Petikan daripada artikel Utusan Online

     

     

     

    aaMenteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pembinaan kolej itu akan dilaksanakan secara berperingkat di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti di negara ini.

    Katanya, jumlah kolej komuniti di seluruh negara akan menjadi sebanyak 104 dengan penambahan 10 buah kolej itu.

    “Kolej komuniti merupakan penyedia latihan dan kemahiran dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang menjadi tunjang pembangunan negara.

    “Malah, sambutan program latihan teknikal dan pendidikan vokasional (TVET) dalam kalangan ibu bapa juga amat memberangsangkan.

    “Kalau dulu TVET menjadi pilihan kedua tetapi kini mereka melihat sebagai peluang yang sama baik mengikut kecen­de­rungan anak-anak mereka,” katanya ketika ditemui selepas melawat G Garage Specialist Sdn. Bhd., dekat sini hari ini.

    G Garage Specia­list Sdn. Bhd., yang me­ngendalikan servis ken­deraan kontinen­tal bekerjasama de­­ngan Jabatan Pen­didikan Kolej Komuniti menerusi program kebolehpasaran graduan.

    Setakat ini, program keboleh­pasaran melibatkan 14 kolej komuniti di seluruh negara.

    Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Datuk Amir Md. Noor; Pengerusi G Garage Specialist Sdn. Bhd; Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Pengarah Urusan G Garage Specialist Sdn. Bhd; Datuk Lim Geok Heong dan Pengarah Eksekutif G Garage Specialist Sdn. Bhd; Ng Junn Ei.

    Mengulas lanjut, Idris turut mengga­lakkan pelajar lepasan sekolah untuk terus berkecimpung dalam program TVET dalam usaha memperkasakan industri kemahiran di negara ini.

    Sementara itu, Amir berkata, kadar kebo­lehpasaran lepasan kolej komuniti mencatat 97.4 peratus pada 2015 berbanding 94.2 peratus pada tahun sebelumnya.

    “Kami jangkakan tahun ini akan kekal atau lebih baik memandang­kan kita mempunyai kerjasama dengan pihak swasta.

    “Malah, banyak perjanjian persefahaman (MoU) telah dimeterai, khususnya dalam bidang kejurute­raan dan hospitaliti,” katanya.

    - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/10-kolej-komuniti-tahun-ini-1.200975#sthash.psVWuxtw.dpuf
  • Baucar Buku 1 Malaysia

  • Selamat Datang KADOKAWA

    Selamat Datang diucapkan kepada KADOKAWA Contents Academy dan InvestKL Malaysia ke Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.

    Perbincangan mengenai jaringan kolaborasi akademik yang boleh dijalankan di antara KADOKAWA dan JPKK sedang berlangsung.

    Rombongan ini telah dihadiri oleh :
    1. Mr. Koga - KADOKAWA Contents Academy
    2. Mr. Hirota - KADOKAWA Content Academy
    3. Ms Christy Lim - Invest KL Malaysia
    4. Mr. Khairul Anwar Abdul Wahab - Invest KL Malaysia
    5. Pn Siti Mariam binti Rajab - Education Malaysia KPT

  • Jom Masuk IPT Parlimen Tawau

    Jom Masuk IPT Parlimen Tawau menemui warga Tawau pada 12.03.2016 (Sabtu) di Atrium Ground Floor, Eastern Plaza, Tawau.

    Adik-adik lepasan SPM Jangan lepaskan peluang ini mendapatkan maklumat berkaitan IPTA Pilihan anda disamping bertemu ikon Kolej Komuniti iaitu Dato' Fazley Yaakob.

    Ayok bah kita datang!!!!

     

  • Selamat Datang ke Kolej Komuniti

    Selamat Datang buat semua pelajar baharu mac 2016 !
    Perjalanan ANDA sebagai JUARA bermula di kolej komuniti.

    Pendaftaran pelajar baharu
    7 Mac & 8 Mac 2016

     

  • Program Taiping Heritage 'Rail and Trail Race 2016'

    Kuala Lumpur, 5Mac - Sekitar Majlis Pelepasan Peserta Program Taiping Heritage 'Rail and Trail Race 2016' di KL Sentral yang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar, JPKK dan Pengarah PMKL. Program anjuran bersama Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) yang dikelolakan oleh Kolej Komuniti Taiping dan Politeknik Metro Kuala Lumpur. Lebih dari 30 team menyertai program ini dari pelbagai institusi pendidikan tinggi dalam negara.

  • Set bangku kreatif hasil kreativiti pelajar dan pensyarah ‪KKGP

    Petikan akhbar Hariam Metro 4 Mac 2016

     

     

  • Majlis Penyerahan Sijil Approved Centre

    Majlis Penyerahan Sijil Approved Centre oleh City & Guilds kepada Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi.

    "JPKK is approved to offer City & Guilds International Examinations"

    Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP) menawarkan program Diploma Terapi Kecantikan selaras dengan Level 3 Diploma Beauty Theraphy City & Guilds. KKSP juga merupakan Approved Centre bagi City & Guilds.

    Untuk makluman, seramai 4 orang pensyarah KKPS juga telah dianugerahkan Diploma Beauty Therapy daripada City & Guilds pada tahun 2015.

    Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Tuan TK Tay, Regional Director, Asia Pacific City & Guilds kepada Yang Berbahagia Dato' Amir Md Noor, Ketua Pengarah JPKK. Turut dihadiri oleh Pengarah KKSP, pengarah-pengarah bahagian JPKK, Pn Normala Saad, Strategic Accounts Manager City & Guilds dan industri iaitu Pn Salina Ali daripada Roszall beauty Academy.

    Satu lagi langkah bijak JPKK bersama agensi dan industri ke arah dunia globalisasi.

  • KPTN 2016 - Zon Sabah

    Berita baik kepada lepasan SPM yang berminat menyambung pengajian ke Kolej Komuniti.

    Syarat baharu kemasukan Kolej Komuniti - lulus SPM

    KPT Soaring Upwards!!!

    Bagi rakyat Sabah anda boleh berkunjung ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 untuk maklumat lanjut

    Tempat : One Borneo Hypermall - Kota Kinabalu.
    Tarikh : 5 - 6 Mac 2016
    Waktu : 9.00 pagi - 6.00 petang

  • Tahniah Pelajar KK Bandar Penawar

    Tahniah kepada pelajar ‪Kolej Komunit Bandar Penawar, Mohamed Norle yang telah memenangi tempat pertama di pertandingan Business Pitching Competition in National Young Entrepreneurs Summit 2015 at Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah berjaya menandingi 35 buah IPTA seluruh Malaysia yang bertanding. Tempat kedua dimenangi pelajar dari USM dan ketiga pula dari UPM

  • Majlis Penutup Bengkel Latihan Inovasi “Graphicrecording

    Majlis Penutup Bengkel Latihan Inovasi “Graphicrecording” disempurnakan oleh YBhg. Dato' Amir Md Noor Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat dan Korporat, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.

     

  • Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 (Zon 7 dan Zon 8)

    Tarikh   :   28 hingga 29 Mac 2015

    Tempat:    Zon 7 -  City One Megamall , Kuching‬,Sarawak‬

                    Zon 8 -   Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) , Kota Bharu‬, Kelantan‬
     

  • Perang Poster Teaser animasi@besut kini bermula!!!!!

    Terma & syarat;

    1) Tarikh tutup adalah pada 1/4/15 @ 11.59pm

    2) Bebas. Warna atau tidak berwarna

    3) Penyertaan tiada had, tetapi kami akan pilih 1 penyertaan terbaik.

    4) Setiap poster mesti ada logo animasi@besut dan bertemakan animasi@besut.

    5) Semua poster dihantar akan digunakan untuk promosi dan dipamerkan ketika berjalannya program animasi@besut pada 4-5 April 2015 nanti.

    6) Lukisan mestilah yang asli dan bebas hakcipta.

    7) Setiap poster perlu mengandungi logo dan Jata Negara (Pejabat Ahli Parlimen Besut), Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) , Lambang Negeri Terengganu, perkataan "Transformasi Terengganu Baharu" , Majlis Daerah Besut

    8) Keputusan pengadil adalah muktamad.

    9) Sila hantar karya anda melalui email animasi.besut@gmail.com

  • KPTN 2015 Zon Johor

    Perasmian Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2015 Kali ke-11 (Zon 6 JOHOR, 21-22 Mac) disempurnakan oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM. Tahniah Kolej Komuniti Wilayah Johor terus gigih mempamer & mempromosikan kehebatan Kolej Komuniti.

  • Tahniah KK Arau dan KK Batu Gajah

    Tahniah diucapkan kepada pasukan dari Kolej Komuniti Arau kerana telah dinobatkan selaku johan pertandingan cosplay Pekan Kartun Kellies Castle. Sebanyak 24 penyertaaan dipertandingkan, 16 daripadanya adalah daripada kolej komuniti. Terdapat 3 kategori cosplay iaitu, anime, western dan juga kartun Malaysia. Berikut adalah senarai pemenang:

    Johan: Kolej Komuniti Arau (Budak Besi)
    Kedua: Uitm (Predator)
    Ketiga: Kolej Komuniti Batu Gajah (Miss Liew kartun Lat)

    Tahniah diucapkan khususnya kepada Pensyarah En. Jefri, En. Imran, Puan Iza, Bisyazwan bin Mohamad Hasbi pelajar kursus Senibina (model) dan kepada yg membantu.

     

     

  • Pasukan Lelaki Kolej Komuniti Arau juarai Halal Run

    Pada 17 Mac 2015, telah diadakan pertandingan Halal Run Bersempena Ekspo Halal Negeri Perlis 2015 yang dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Acara ini melibatkan penyertaan IPT di Perlis. Kolej Komuniti Arau telah menghantar 2 pasukan iaitu terdiri daripada 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan wanita.
    Pertandingan ini dijalankan di Kompleks Warisan dan sekitar bandar Kangar. Ianya telah dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Tuanku Raja Muda Perlis.
    Terdapat 4 checkpoint yang perlu dilalui oleh para peserta dan pastinya menguji tahap semangat berkumpulan, daya kreativiti dan kebolehan melakukan strategi. Persaingan yang sengit antara peserta menambahkan lagi cabaran bagi merebut kejuaraan.
    Akhirnya, dengan kepantasan menyelesaikan tugasan terakhir di checkpoint Pengkalan Asam, juara pertandingan milik pasukan lelaki Kolej Komuniti Arau dengan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM 300.00 beserta hamper manakala pasukan wanita memperolehi kedudukan saguhati dengan membawa pulang RM30.00 dan hamper.

  • Corat-coret KPTN 2015 di Ipoh

    Sebahagian corat-coret aktiviti di booth Kolej Komuniti Malaysia sempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara (Jom Masuk IPT)

    yang telah diadakan di Stadium Indera Mulia Ipoh pada 14 dan 15 Mac 2015

  • Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015

    Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 - Jom Masuk IPT

    Tarikh : 21 hingga 22 Mac 2015

    Masa   : 9 pagi hingga 6 petang

    Lokasi  : Padang Kawad UTHM , Johor

     

  • Delegasi Namibia teruja sistem pendidikan di KKBB

    Petikan akhbar Melaka Hari Ini, 12 Mac 2015

  • Rekaan Pakaian Starwars

    Hasil rekaan dari pensyarah dan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Batu Gajah, Kolej Komuniti Baling dan Kolej Komuniti Arau dengan bertemakan “Starwars” akan digunakan dalam sebuah rancangan realiti di TV9.

  • Kolej Komuniti Latih 800 Tenaga Kerja

    Petikan Akhbar Harian Metro 9 Mac 2015

  • Program Jalinan Kasih 2015

    Sekitar Program Jalinan Kasih, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan bersama Kolej Komuniti Wilayah Perak.

  • MHI TV3

    Sesi temubual di ‪MHI TV3 ( 5 Mac 2015) bagi lepasan SPM 2014 bersama YBhg Datuk Mohlis Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik bersama YBhg Dato' Amir Md Noor, Ketua Pengarah ‪Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.

  • Majlis Penyampaian Anugerah MGPWA 2013

    MGPWA2014

    Tahniah diucapkan kepada KOLEJ KOMUNITI BETONG diatas peningkatan drastik dari Penarafan 2 Bintang pada tahun 2012 kepada Penarafan 5 Bintang pada tahun 2013. Kolej Komuniti Betong dikurniakan Anugerah Prestasi Cemerlang oleh MDEC. Disamping itu juga, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA telah memenangi Anugerah Agensi INDUK Terbaik (Peratusan) dimana dari 40 portal/laman web yang mencapai 5 Bintang.. 13 daripadanya adalah daripada Portal JPKK dan Laman Web Kolej Komuniti. Dan daripada 126 portal dan Laman web yang dipertandingkan,  46 buah Kolej Komuniti seluruh Malaysia termasuk Jabatan Pengajian Kolej Komuniti turut mengambil bahagian.

    Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

  • Kolej Komuniti dekati Warga EMAS

    warga maskk

  • Kolej Komuniti Kolej Prihatin

    YURAN

  • KEHEBATAN KOLEJ KOMUNITI - Dewan Masyarakat Bil. 3/2014

    kkhebatDewansiswa

  • Mengupayakan Masyarakat, Merancakkan Industri-Dewan Masyarakat bil. 3/2014

    DMkkhebat1

    DMkkhebat2

    DMkkhebat3

    DMkkhebat4

  • Sijil Penghargaan IPT Prihatin Warga Emas oleh Perdana Menteri

     

    1489073 10201647878784525 1354374763 n

    Sijil Penghargaan kepada Jabatan Pengajian Kolej Komuniti 'IPT prihatin warga emas' yang telah disampaikan oleh Y.A.B Dato' Sri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia menyemarakkan lagi semangat warga Kolej Komuniti bagi membantu meningkatkan kemahiran warga emas di Malaysia. Bagi menghargai warga emas yang sentiasa menyokong aktiviti Kolej Komuniti, satu majlis pelancaran warga emas bersama Kolej Komuniti bakal berlangsung pada 15 Mac 2014. Jom sama-sama hadir bagi memeriahkan Karnival 4K 2014 di Kolej Komuniti Hulu Langat.  Tingkatkan kemahiran bersama Kolej Komuniti dan tambah pendapatan isi rumah .


  • Majlis Pelancaran "GUEST HOUSE" d'Ru by LTA

    PelancaranHOMESTAY LTA

    HOMESTAY LTA

     

    Majlis Pelancaran 'Guest House' D'Ru telah disempurnakan oleh Y. Bhg Dato' Amir b Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti di Langkawi Tourism Academy(LTA) pada 11 Mac 2014. Bagi orang ramai yang ingin melawat Pulau Langkawi dan inginkan penginapan yang selesa sila klik FB d'Ru by LTA untuk membuat penempahan

  • KKSP rangkul empat pingat dalam Hotelier Got Talent 2014

     

    wu 07.1

    SUNGAI PETANI 4 Mac - Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP) berjaya membawa pulang dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa sempena pertandingan Hotelier Got Talent 2014 di Hotel Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang baru-baru ini.

    Pensyarah KKSP, Norhayati Ahmad berkata, seramai lapan pelajarnya yang mengikuti pelbagai kursus menyertai pertandingan itu yang turut disertai keseluruhan 40 pelajar dari Kolej Vokasional Sungai Petani dan UiTM Pulau Pinang.

    "Pelajar KKSP menang dalam kategori Table Setting, Fruit Carving dan Mocktail, ini satu kejayaan amat membanggakan," katanya.

    Norhayati berkata, dengan adanya pertandingan seumpama ini, semua pelajar dapat menunjuk kehebatan masing-masing dan pelajar KKSP yang menyertai pertandingan itu adalah dalam bidang Kulinari dan Operasi Perhotelan.

    "Kejayaan pelajar ini pada masa akan datang pasti menjadi lebih terserlah kerana mereka adalah lulusan utama dalam bidang itu," katanya.

    Pertandingan bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang itu dianjurkan Kelab Pelajar-Pelajar Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Pulau Pinang.

    Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Ketua Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Pulau Pinang, Mohd. Amin Hamid.

  • KOLEJ KOMUNITI TERSENARAI SEBAGAI FINALIS REKAAN KASUT MALAYSIAN INTERNATIONAL SHOE FESTIVAL 2014

     

    kasut

    Tahniah kepada pelajar ‪#‎kolejkomunitiselayang‬, Adik Chee Choo Yee Arun yang telah berjaya menempatkan diri sebagai finalis rekaan kasut sempena ' Malaysian International Shoe Festival 2014' yang akan berlangsung pada 28-30 March 2014 di PWTC. Dua rekaan adik Arun telah berjaya ke peringkat akhir ‪#‎therevolutionofsculpture‬ dan ‪#‎thegoldenangelforest‬ . Jom kita nantikan keputusan nanti. Semoga adik Arun berjaya mengharumkan nama ‪#‎kolejkomuniti‬ ‪#‎jommasukkolejkomuniti‬ ‪#‎kolejkomunitiuntuksemua‬

  • Bengkel pengenalan permainan Petanque bagi warga JPKK

    Satu bengkel pengenalan permainan Petanque bagi warga JPKK telah diadakan di Kompleks Sukan Kuala Selangor. Ia telah berlangsung selama 3 hari dari 25 - 27 Mac 2013.


    petanque

     

  • 1 Kredit SPM untuk ke Kolej Komuniti; Utusan

    1 spm kredit

  • Tenaga Pengajar KK Hebat... TAHNIAH!!!!

     

    Penglibatan Pensyarah Kolej Komuniti sebagai Pakar Industri membuktikan Tenaga Pengajar KOLEJ KOMUNITI HEBAT!

    Jom pilih KOLEJ KOMUNITI Sebagai Destinasi Kemahiran anda! 

    TAHNIAH!!! En Mohd Iskandar Bin Mohd Yatim kerana terpilih bersama En Salikin Sidek untuk melatih pelajar dari Giat Mara ke Worldskills yang akan berlangsung pada bulan Julai 2013 nanti..

     

    Penglibatan Pensyarah Kolej Komuniti sebagai Pakar Industri membuktikan Tenaga Pengajar KOLEJ KOMUNITI HEBAT

  • Mesyuarat Perancangan Aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kebangsaan (JPPK)

     

    Tarikh :

    10 April 2013 (Rabu)

    Masa :

    9.00 - 5.00 petang  

    Tempat :

    Bilik Mesyuarat Kenanga, Aras 6, Bahagian Kebajikan Pelajar, JPKK  

     

    Kepada:-

    PENYELARAS JPP NEGERI & PELAJAR JPPK

  • Lawatan mesra KP En. Amir bin Md Noor ke KKSP dan perasmian gelanggang Petanque

    Pada 26 Mac 2013, satu lawatan mesra KP En. Amir bin Md Noor ke Kolej Komuniti Sungai Petani(KKSP). Kehadiran beliau disambut meriah. Satu upacara penyampaian hadiah dan perasmian gelanggang Petanque telah dijalankan. Tahniah kepada warga KKSP.

    pelancaranpetanquekksp

  • Program Mendekati Rakyat Kolej Komuniti Bukit Beruang - Berita Harian

  • KOLEJ KOMUNITI bantu golongan OKU meningkatkan kemahiran

    Keberadaan Kolej Komuniti dalam persekitaran yang istimewa bersama masyarakat setempat dapat membantu OKU  dalam meningkatkan kemahiran mereka dan seterusnya menempuh arena yang lebih matang bagi meneroka kehidupan yang cemerlang!

    Tahniah kepada semua Kolej Komuniti!!!

    oku

  • Majlis Pelancaran Pemerkasaan Kolej Komuniti

     

    Satu Majlis Pelancaran Pemerkasaan Kolej Komuniti telah diadakan pada 12 Mac 2013 yang lalu bertempat di Borneo Convention Center Kuching, Sarawak.

    Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.Antara tetamu kehormat yang turut hadir di majlis tersebut ialah KSU KPT, KP JPKK dan juga KP JPP.

    lancarperkasa1

    Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin semasa menyampaikan ucapan pelancaran.

    lancarperkasa2

    Barisan tetamu VIP.

    lancarperkasa3

    YBM menerima buku Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti semasa gimik pelancaran.

    lancarperkasa4


    YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin melihat buku Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti sambil diperhatikan oleh Datuk Ab Rahim Md Noor dan En.Amir Bin Md Noor

     


  • Konvensyen JPP Kolej Komuniti 2013

     

    Sesi dialog Jawatan Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti bersama Ketua Setiusaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim B Md Noor telah diadakan pada 9 Mac 2013 di Dewan Zaaba KPT.

    jpp1

    Datuk Ab Rahim Md Noor, memberikan kata-kata semangat kepada perwakilan JPP Kolej Komuniti.

    jpp2

    Tetamu kehormat pada sesi JPP bersama KSU KPT.

    jpp3

    Datuk KSU membawa para perwakilan JPP Kolej Komuniti ke Galeria KPT, untuk melihat kisah kejayaan Permata KPT

     

  • Majlis Penyerahan Sumbangan Untukmu GAZA

    Kolej Komuniti melalui inisiatif warga kolej yang prihatin telah melaksanakan kutipan sumbangan untukmu Gaza. Majlis Penyerahan Sumbangan Untukmu Gaza telah diadakan pada 9 Mac 2013 bertempat di Dewan Zaaba, KPT. Majlis telah disempurkan oleh Ketua Setiausaha KPT, Ybhg Datuk Ab Rahim Bin Mohd Noor.

    gaza1

     

    Datuk Ab Rahim menyerahkan cek sumbangan dari Kolej Komuniti bernilai RM74,400.00

    gaza2

    Datuk KSU menyerahkan cenderahati kepada wakil Aqsa Shariff Berhad.

    gaza3

     

    En. Amir Bin Md Noor menyerahkan cenderahati kepada Datuk Ab Rahim M Noor sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Untukmu Gaza

    gaza4

    Semasa sidang media Majlis Penyerahan Sumbangan Untukmu Gaza.

  • BriSK mengajar BELIA sayangi Komuniti

     

    brisk kkbd12

     Jitra,8 Mac 2013 - Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD) telah melancarkan Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) sebagai pendedahan agar belia prihatin terhadap masyarakat. Sehingga kini, BriSK mempunyai seramai 450 orang ahli sejak mula ditubuhkan

    pada 23 Februari lalu, yang mana majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Pengarah KKBD, En. Rosli bin Mohd Ariff di Taman Kodiang. Turut terlibat sama semasa majlis pelancaran berkenaan adalah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas), Pejabat

     Kesihatan Daerah, Agensi Antidadah Kebangsaan Darah (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) yang memberikan khidmat sosial berkenaan maklumat berkaitan agensi tersebut.

    brisk kkbd11

     

     

  • MALAM CITRA INOVASI KPT

    Malam Citra Inovasi telah diadakan pada 5 Mac 2013 bertempat di Hotel Marriot Putrajaya.Tahniah diucapkan kepada Kolej Komuniti kerana telah berjaya mendapat sepuluh anugerah pada malam tersebut. Dua anugerah diterima oleh Kolej Komuniti Masjid Tanah dengan ciptaan Fermentasi MIM dan Inovasi Rawatan Tanah. Manakala Kolej Komuniti Sabak Bernam telah mendapat enam anugerah dengan ciptaan yang bertajuk SWS: Stesen Kerja Pamaterian, HexT:Troli HexWheel, Beg Peralatan Jahitan, jem Zingiber Officinale Ross (Jem Halia), Jem Kedondong@Spondias Cytherea Sonnerat dan juga SIS:Pemegang Besi Pemateri dengan Pengesan Haba. Kolej Komuniti Segamat 2 pula telah memdapat dua anugerah iaitu Permainan "To Become the Most Knowledgeable' dan CBG:Alat Bengkokkan Konduit. Tahniah kepada semua kolej yang telibat.

    CITRA INOVASI 1

     

    "Kolej Komuniti berjaya membuktikan kita setanding dengan IPT dan Politeknik". - Komen Ketua Pengarah JPKK En Amir Bin Md Noor, selepas KK menerima 10 anugerah inovasi pada Malam Citra Inovasi KPT.

     

    CITRA INOVASI 2

    Pasukan Penyelidik Kolej Komuniti bergambar kenangan bersama Dato KSU KPT.

    CITRA INOVASI 3

     

    En Amir Bin Md Noor, menerima plak penghargaan sempena penglibatan jabatan dan kolej dalam usaha penyelidikan dan inovasi.

  • MALAM CITRA INOVASI KPT (2)

    Malam Citra Inovasi telah diadakan pada 5 Mac 2013 bertempat di Hotel Marriot Putrajaya.Tahniah diucapkan kepada Kolej Komuniti kerana telah berjaya mendapat sepuluh anugerah pada malam tersebut. Dua anugerah diterima oleh Kolej Komuniti Masjid Tanah dengan ciptaan Fermentasi MIM dan Inovasi Rawatan Tanah. Manakala Kolej Komuniti Sabak Bernam telah mendapat enam anugerah dengan ciptaan yang bertajuk SWS: Stesen Kerja Pamaterian, HexT:Troli HexWheel, Beg Peralatan Jahitan, jem Zingiber Officinale Ross (Jem Halia), Jem Kedondong@Spondias Cytherea Sonnerat dan juga SIS:Pemegang Besi Pemateri dengan Pengesan Haba. Kolej Komuniti Segamat 2 pula telah memdapat dua anugerah iaitu Permainan "To Become the Most Knowledgeable' dan CBG:Alat Bengkokkan Konduit. Tahniah kepada semua kolej yang telibat.

    CITRA INOVASI 1

     

    "Kolej Komuniti berjaya membuktikan kita setanding dengan IPT dan Politeknik". - Komen Ketua Pengarah JPKK En Amir Bin Md Noor, selepas KK menerima 10 anugerah inovasi pada Malam Citra Inovasi KPT.

     

    CITRA INOVASI 2

    Pasukan Penyelidik Kolej Komuniti bergambar kenangan bersama Dato KSU KPT.

    CITRA INOVASI 3

     

    En Amir Bin Md Noor, menerima plak penghargaan sempena penglibatan jabatan dan kolej dalam usaha penyelidikan dan inovasi.

  • Majlis Pelancaran 1M4U Outreach Centre

     im4u2

    KUALA SELANGOR, 2 Mac 2013 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan  tambahan RM5,000 bagi setiap pusat 1Malaysia For Youth (1M4U) di seluruh negara  menjadikan jumlah wang pendahuluan meningkat kepada RM10,000 untuk pelaksanaan  aktiviti kesukarelawan.

    Najib yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah 1M4U juga berkata, pihaknya  bersetuju untuk mewujudkan 100 buah 1M4U Outreach Centre bermula dengan  pelancarannya semalam.

    "Kita amat prihatin bahawa masa depan negara kita bergantung pada kualiti  modal insan pemimpin akan datang. Sebab itu kita memberi bantuan untuk mereka  pergi jauh, menggunakan akal fikiran dan minda kreatif bagi menggerakkan program  kesukarelawan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran 1M4U Outreach  Centre Peringkat Kebangsaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak  Alam di sini semalam.

    Program 1M4U merupakan platform bagi belia Malaysia menjalankan aktiviti  sukarela dan mereka mendapat sokongan kewangan melalui Dana Sukarelawan  1Malaysia.

    Pada majlis itu, beliau turut melancarkan program Politeknik Kasih.

    Kedatangan Najib disambut oleh lebih 10,000 pelajar dari institusi pengajian  tinggi awam dan swasta, kolej komuniti, politeknik serta Institut Pendidikan  Guru.

    Najib juga sempat berkunjung dan beramah mesra dengan penduduk di Saujana  Utama di sini.

    Terdahulu, beliau melancarkan Konvensyen Sukarelawan Belia Reach Out 1M4U di  Universiti Taylor's di Petaling Jaya.

    Pada majlis itu, Najib turut melancarkan penjualan 9,999 plat kenderaan  '1M4U' kepada orang ramai serta siaran radio 1M4U FM melalui frekuensi 107.9  FM.

    Artikel Penuh: Kosmo Online 

    im4u

  • Penilaian Laman Web/Portal Agensi Kerajaan 2012

    penialain-web2

    Dimaklumkan bahawa penilaian laman web/portal agensi Kerajaan akan dijalankan oleh pihak MDeC bermula bulan April 2012.  Sehubungan ini, semua agensi Kerajaan dipohon mengambil langkah segera untuk memastikan agar kesemua kriteria yang terkandung di dalam Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 serta kriteria penilaian oleh MDeC dipatuhi.

    Untuk maklumat lanjut dan muat turun dokumen berkaitan penilaian ini, layari http://www.mampu.gov.my/web/guest/penilaian-mdec2012.

Indeks Makluman