Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

 English 



peta laman
Filter
  • Program Bakti Kolej Komuniti Wilayah Sarawak

    16 Jun 2016- Program Bakti Kolej Komuniti kepada Komuniti Wilayah Sarawak telah berlangsung di bawah kelolaan kolej komuniti sarawak. Bantuan kepada mereka yang memerlukan disampaikan oleh Yang Berbahagia PPj.Kehormat (PA) Dato' Amir Bin Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Malaysia menyampaikan bantuan berbentuk makanan kepada salah seorang penerima di Daerah Bau. Turut bersama ialah Pengarah Kolej Komuniti Mas Gading,Pn.Nor Dalila Bt Abd Rahman dan juga Pengarah KK Kuching, KK Sarikei serta Penghulu Hj Wahab bin Minol, Penghulu Kaum Melayu Kawasan Bau.

     

  • Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma & Sijil Kolej Komuniti 2016

    Bagi Kolej Komuniti Negeri Selangor Sahaja

    Bagi Kolej Komuniti Lain

  • MAJLIS PERASMIAN PROJEK SOSIO-EKONOMI ASNAF : PUSAT PENGHASILAN KEROPOK LEKOR PERLIS USAHASAMA MAIPs & KOLEJ KOMUNITI ARAU

    Majlis Perasmian Projek Sosio-Ekonomi Asnaf : Pusat Penghasilan Keropok Lekor Perlis Usahasama MAIPs dan Kolej Komuniti Arau diadakan pada 31 Mei 2016 di Pusat Penghasilan Keropok Lekor Perlis, Bazar Wakaf Rakyat MAIPs-YWM, Masjid Amir Fawwaz, Sungai Baru, Perlis. Penubuhan pusat pengeluaran ini merupakan jalinan kerjasama strategik antara Kolej Komuniti Arau (KKAP) dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

    Program Inkubator Pemprosesan Produk Hasilan Ikan ini dirancang bagi meningkatkan kemahiran dan taraf ekonomi kumpulan sasaran iaitu golongan asnaf khususnya dalam bidang pemprosesan keropok lekor.  Ianya merupakan cetusan idea DYTM Raja Muda Perlis yang telah pun dibengkelkan pelaksanaannya dan dibentangkan di hadapan Tuanku. Program ini dilaksanakan bermula pada bulan April 2015, bertempat di Kolej Komuniti Arau, Perlis. Peserta terdiri daripada 5 orang asnaf yang dipilih oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Program ini merangkumi aspek pemprosesan produk, pembungkusan produk, penilaian dan kawalan mutu keatas produk serta aspek pengurusan dan pemasaran produk yang telah dihasilkan. Program ini mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Pusat Pengeluaran Keropok Lekor ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan Kolej Komuniti Arau (eTECH Centre).

    Objektif yang disasarkan iaitu memberi kemahiran asas pemprosesan keropok lekor kepada peserta dimana peserta telah dapat menghasilkan keropok lekor, mengguna dan mengendalikan peralatan asas yang digunakan dalam pemprosesan keropok lekor seperti mesin pengasing isi ikan (deboner), mesin pengadun dan mesin pembungkusan vakum. Selain itu juga, peserta juga memahami kaedah-kaedah dalam pemasaran produk keropok lekor ini.

    Program ini mampu memberi kesan kepada ekonomi peserta dimana peserta telah melalui proses simulasi bekerja bagi penghasilan keropok lekor dalam tempoh masa tertentu. Program ini juga telah mengasah kemahiran peserta untuk menghasilkan produk keropok lekor yang sesuai dipasarkan yang sekaligus dapat mengeluarkan mereka dari senarai asnaf Negeri Perlis selaras dengan hasrat MAIPs untuk memperkasakan usahawan kecil asnaf supaya lebih berdaya saing dan berkemahiran.

    Dalam majlis ini juga, pihak KKAP menyampaikan sijil-sijil kolaborasi dengan beberapa agensi, maahad tahfiz dan madrasah bagi program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat. Selain itu terdapat sekolah-sekolah dan individu yang menjalinkan kerjasama dengan KKAP juga dijemput menerima sijil kolaborasi. 

  • TVET Conference

    TVET Conference : TVET Skills Development for Poverty Alleviation Entrepreneurship and Employability yang di hadiri oleh YBhg Dato' Amir Md Noor dan warga kolej komuniti di Hotel Marco Polo , Filipina.

     

     

  • Perasmian Program eRezeki

    Perasmian e-rezeki di PPR Setapak, Kuala Lumpur.

    Perdana Menteri memaklumkan kolej komuniti akan menjadi antara pusat e-rezeki untuk komuniti di Malaysia.

     

     

  • Kolej Komuniti Lahir Graduan Berkemahiran

    Petikan Keratan akhbar ‪Berita Harian‬ 12 Jun 2015 : ‪ "Kolej Komuniti‬ Lahir Graduan Berkemahiran, menawarkan pelbagai bidang pengajian penuhi keperluan semasa industri".

     

  • Tahniah Pelajar KK di Asian Culinary Challenge 2015

  • Tahniah 14 Pensyarah Kolej Komuniti

    Tahniah kepada 14 pensyarah ‪kolejkomuniti yang telah lulus Revit Architecture 2015 Certified Professional di mana 4 orang pensyarah mendapat markah lulus 100%. Kini seramai 29 pensyarah kolejkomuniti mempunyai Certified Professional drp Autodesk.

     

  • Tahniah Mohd Rafie dari Kolej Komuniti Baling

    Tahniah di ucapkan kepada Saudara Mohd Rafie bin Mohhamad Nor dari Kolej Komuniti Baling yang telah mendapat tempat Ke-2 dalam pertandingan "The Majestic of Kebaya 2015 Royal Floria Putrajaya"

  • Tahniah dan Terima Kasih Pensyarah, Pelajar

    Dari seluruh produksi dan penganjur KLIHF 2015 serta Jawatankuasakerja Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti dari gabungan tiga bahagian Bahagian Akademik & Pendidikan Berterusan, Bahagian Pengurusan Maklumat dan Korporat dan Bahagian Kolaborasi & Keusahawanan. Ucapan terima kasih buat semua pensyarah dan pelajar ‪‎kolej komuniti yang telah bertungkus lumus memastikan perjalanan program selama 5 hari. Semoga 'experiential learning' yang telah berlangsung dapat memberikan pengalaman yang terbaik buat semua. ANDA kebanggaan kolej komuniti seluruh ‪‎Malaysia. ANDA SEMUA HEBAT!

  • Kuala Lumpur International Hijab Fair (KLIHF) 2015

    Kuala Lumpur, 31 Mei 2015 – Kolaborasi antara WOJ Wealth S/B bersama Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti bagi program Kuala Lumpur International Hijab Fair (KLIHF) 2015 merupakan program kerjasama yang telah memasuki tahun kedua dengan tema berdakwah melalui fesyen dan pakaian.
    Penganjurannya tahun ini buat pertama kalinya memperkenalkan Anugerah Ikon Fesyen Ukhwah Antarabangsa dan pengiktirafan diberikan kepada ikon yang telah memberikan sumbangan masing-masing dalam pelbagai bidang terutamanya berkaitan ilmu, dakwah dan kemasyarakatan di negara masing-masing.
    Seramai 8 ikon daripada pelbagai negara dan bergiat dalam industri fesyen khususnya busana muslimah dan mempunyai pengikut yang sangat tinggi melalui media sosial.
    Mereka antaranya ialah Ruba Zai (Netherlands), Habiba Da Silva (United Kingdom), Zilfiye Tufa (Australia), Nadya Abd (Singapura), Ala vear Sass (Thailand), Dena Bahrin (Malaysia), Shea Rasol (Malaysia) dan Ria Miranda (Indonesia).
    Menurut Dato’ Amir Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, penglibatan terdiri dari 19 kolej komuniti yang membariskan 100 pelajar dan 75 pensyarah memberi peluang kepada warga kolej komuniti melaksanakan pembelajaran melalui pengalaman menerusi Klihf 2015.
    Program yang berlangsung selama 4 hari, telah memberi pendedahan kepada pelajar bagi beberapa bidang mengikut kemahiran yang telah dipelajari di kolej komuniti.
    Antaranya ialah pengurusan majlis, pelancongan dan pengembaraan, kulinari dan catering, Solekan dan Spa Kecantikan, fesyen dan pakaian dan bidang fotografi.
    Disamping itu juga, dua alumni kolej komuniti turut mengambil bahagian bagi mempromosikan produk hasil dari keluaran syarikat masing-masing.
    Shuhailla Shahalim, alumni Kolej Komuniti Arau yang memperkenalkan produk tudung jenama Aarella dan Rafie Ramli , alumni Kolej Komuniti Sungai Petani pula dengan produk pakaian hijrah oleh Fellinna.
    Kedua-dua alumni ini juga terlibat bagi slot bicara perniagaan dan berkongsi pengalaman memulakan perniagaan serta memberi inspirasi kepada orang ramai yang hadir ke PWTC, Kuala Lumpur.
    Momen bagi empat hari program ini juga dirakamkan oleh alumni kolej komuniti Mohd Ahsan bin Mustafa yang pernah memenangi program ‘Road to Milan’ kelolaan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti pada tahun 2013.
    Menerusi program ini juga sebanyak 15 kolej komuniti bagi bidang fesyen dan pakaian telah menghasilkan 1500 helai tudung yang diserahkan kepada Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH).
    Selain dari itu, pensyarah dan pelajar kolej komuniti juga memperlihatkan kemahiran meraka menerusi demonstrasi solekan mengikut pada syariah dan pertunjukan fesyen yang membawa tema Tokyo-The Harajukus dan Dubai-The Golden Souk.
    Penyampaian Anugerah Ikon Fesyen Ukhwah Antarabangsa pada hari terakhir penganjuran disempurnakan oleh oleh YBhg Toh Puan Che Kamariah Binti Zakaria isteri kepada YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan.
    Majlis turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Prof Dr. Asmah Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi dan YBhg Dato Amir Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
    Ikon Skuad Inspirasi Kolej Komuniti, Dato’ Fazley Yaakob membuat persembahan semasa majlis tersebut.
    Penglibatan warga kolej komuniti bagi Klihf 2015 merupakan satu langkah yang bertepatan dan menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) yang dilancarkan pada bulan April lalu.

     

     

     

     

     

     

     

  • Selamat Datang kepada semua pelajar baru Kolej Komuniti Sesi Julai 2014

    WELCOME

  • Salam Ramadhan Al Mubarak dari YBhg Dato' Amir Md Noor

     

     Salam Ramadhan Al Mubarak dari YBhg Dato' Amir Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti buat seluruh warga Kolej Komuniti dan seluruh rakyat malaysia yang beragama Islam.Bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang secukupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.

    0001 puasa

  • PERTANDINGAN AUTODESK MALAYSIA 2014

     

     

    01 AMDC_AUTODESK

    02 AMDC_AUTODESK

  • Peluang pengajian bagi pelajar Kolej Komuniti di Politeknik

    diploma

    seni reka

    mechanikal

    ict

  • Sijil Pelancongan & Pengembaraan

     

    Pendapatan sektor pelancongan Malaysia dijangka meningkat 12.5 peratus kepada RM76 bilion tahun depan dengan 28 juta pelancong berkunjung semasa Tahun Melawat Malaysia 2014. ANDA berminat dengan bidang pelancongan dan berminat untuk menjadi pemandu pelancong? apa kata jom ikuti kursus Sijil Pelancongan dan Pengembaraan di Kolej Komuniti

    pelancongan

  • Pertandingan WORLDSKILLS Malaysia : KOLEJ KOMUNITI HEBAT

     

    YBhg Dato Amir Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti bersama para pensyarah dan para pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama Kolej Komuniti di Pertandingan Worldskills Malaysia 2014.

    worldskills

     

  • 10 Kolej Komuniti tawar kursus kemahiran

    10kk

  • 100 Kolej Komuniti beroperasi akhir tahun ini - Idris Jusoh

    100kk

  • KPM fokus program berteknologi, bernilai tinggi di Kolej Komuniti - BERITA HARIAN

    kkbesutBH

  • KUALA LUMPUR INTERNATIONAL HIJAB FAIR 2014

    klhif

  • ANDA ingin tambah kemahiran kemahiran sekaligus meningkatkan pendapatan?

    psh

  • Kolej Komuniti Masjid Tanah terus lahir usahawan berwibawa

    kkmt2

  • Peluang pengajian pelajar Kolej Komuniti di Politeknik

    diploma

  • Gotong-royong bersih ZOO : Pelajar Kolej Komuniti

    zooo

  • LAWATAN PENANDAARASAN KE UNIT ICT BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR JAB. PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

    lawatan uitm

     

    Satu lawatan penandaarasan dan perkongsian pengalaman berkaitan proses muat turun datajaya pelajar dari UPU ke Sistem Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti daripada Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (Unit Pengambilan Pelajar), Pejabat Teknologi Maklumat UiTM Shah Alam pada 04 Jun 2014. Diharap dengan kunjungan ini, dapat membantu serba sedikit dalam proses muat turun datajaya pelajar UiTM.

  • Penghasilan COKLAT TEMPE oleh Kolej Komuniti Kuala Langat

    tempe

  • PANCARAGAM DARI BAHAN TERBUANG-KK STOMPERS

    stompers

    stompers1stompers2

  • Pasukan D Juara Sepak Takraw Kolej Komuniti Tawau

    kktawau sepak raga

  • KKSY Percussion ke Croatia

    kksy

  • PENGUMUMAN !!! Tarikh Penting Bagi Pendaftaran Sesi JULAI 2013

     

    Kepada semua bakal pelajar-pelajar Kolej Komuniti seluruh MALAYSIA, berikut adalah tarikh pendaftaran bagi kemasukan Jun 2013.

    daftarjulai

  • RAIMI JULANG KK PAHANG

    kkpahang

    DARIPADA hanya sebuah pasukan kelayakan pada 2011, Kolej Komuniti Pahang (KKP) muncul naib juara Divisyen Tiga tahun lalu.

    Hanya semusim selepas itu, pengendalinya, Raimi Abd Rahman menjulang pasukan berkenaan sebagai juara Divisyen Dua bola sepak Liga IPT, petang semalam.

    Pengalaman 15 tahun termasuk pernah melatih skuad Piala Presiden Pahang dan membawa Kuantan FA muncul juara Piala Sultan Pahang, menyaksikan sentuhan Raimi buat KKP serba menjadi.

    "Pemain patuh kepada semua arahan ketika sesi latihan dan juga berdisiplin ketika hari perlawanan adalah antara ramuan kejayaan," kata Raimi yang akan membawa anak buahnya menyertai 'budak elit' bersaing dalam Divisyen Satu 2014.

    Cabaran mungkin berbeza tetapi kehadiran KKP tentunya akan mendapat layanan penuh waspada daripada juara baru Divisyen Satu, UiTM Perlis, bekas juara, UiTM Shah Alam, juara Piala Menteri, UKM dan juara Piala MASUM, Universiti Malaya.

    Tahniah KKP dan selamat berjuang!

  • Raja Zarith Sofia Award Design

    Tahniah kepada pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti yang telah berjaya ke peringkat akhir dan memenangi kategori yang dipertandingkan bagi 'Raja Zarith Sofia Award Design'. Anda hebat!

    zarithsofia

  • PROGRAM "LAKE WALK" KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

     

    Untuk makluman Warga, program "LAKE WALK" KPM minggu ini akan diadakan pada seperti ketetapan berikut: 

               Tarikh         : 18 Jun 2013 (Selasa)

               Masa           : 4:45 petang - 7.00 petang

               Pakaian      : Pakaian Sukan

              Tempat       : Dewan Za'ba dan sekitar Tasik Putrajaya (Presint 5)

              Aturcara     :  4:45ptg     -       Semua warga berkumpul

                                               4:50ptg       -        Ketibaan Pihak Pengurusan Tertinggi KPM

                                                    -     "LAKE WALK"       

                                      7.00ptg    -      Bersurai    

    Sehubungan itu, semua warga Kementerian adalah DIJEMPUT untuk turut serta dalam program ini.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Mohamad Iswandi Bin Pudzir, Bahagian Sukan di samb. 5114 dan

    Norhalis Syafik Md Sidek di samb. 6580.

  • KEJOHANAN PETANQUE KOLEJ KOMUNITI SELANGOR

     

    KEJOHANAN PETANQUE KOLEJ KOMUNITI SELANGOR

    Tahniah kepada pasukan Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) yang telah berjaya mendapat pungutan pingat terbanyak sekaligus dinobatkan sebagai Juara keseluruhan dengan membawa pulang 7 pingat iaitu 1 Emas, 2 Perak dan 4 Gangsa di Kejohanan Petanque Kolej Komuniti Selangor yang telah diadakan pada 12 Jun 2013 (Rabu) bertempat di Kolej Komuniti Kuala Selangor.

    Kejohanan yang julung kali diadakan ini telah disertai sebanyak 50 pasukan dan mempertandingkan tujuh Kategori Pelajar dan satu Kategori Staf.

    Lanjutan daripada kejohanan ini, satu Kejohanan Master D'Petanque Terbuka Double Piala Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat akan diadakan pada 22 & 23 Jun 2013 bertempat di Kolej Komuniti Kuala Selangor.

    Datanglah beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan anda.

     

    "SUKAN MENJULANG KECEMERLANGAN IPT@KPM

    IPT@KPM HEBAT!

  • AKTIVITI KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI SEPANJANG My3L ZON SELATAN

     

    Sepanjang Karnival My3L Zon selatan yang berlangsung di MITC, Melaka pada 8-9 Jun 2013, Kolej Komuniti Kota Tinggi menawarkan pelbagai aktiviti menarik di 3 ruang pameran iaitu:

    1. Mencanting batik di pameran Unit Pengajian Sepanjang Hayat (PSH)

    2. Mengenal peralatan rekreasi dan menjawab kuiz trivia di pameran Sijil Sepenuh Masa (Unit Akademik)

    3. Jualan produk kraftangan dan makanan ringan tradisional hasil penduduk sekitar Kota Tinggi di Gerai E-Tech Centre.


    m3l 1

    En. Amir turut serta dalam mecanting batik bersama peserta yang lain.

    m3l 2

    Nabil(Raja Lawak) turut memeriahkan suasana Karnival My3L dengan celotehnya yang mencuit semua hadirin yang hadir.

    m3l 3

    Salah satu Booth e-Tech Kolej Komuniti Kota Tinggi yang terlibat dalam menjayakan Karnival My3L

  • MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN (JUN 2012)

     

    MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

    JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI,

    Kementerian Pengajian Tinggi,

    Tarikh : 28 Jun 2012 (Khamis)

    Masa : 8.30 pagi - 11.0 pagi

    Tempat : Ruang Reakreasi, Bahagian Pengambilan Pelajar,

    Aras 6, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

  • PENAFIAN

    Kolej Komuniti tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan pengambilan pelajar ke Kolej Komuniti.

     

Indeks Makluman