Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

 English 



peta laman

Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta 2013

Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta Kolej Komuniti 2013 ini adalah satu program anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar-pelajar Kolej Komuniti.

Objektif Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Kolej Komuniti ini diadakan untuk :

 

i. Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar.

ii. Menjadi platform kepada pelajar Kolej Komuniti sebagai penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang masing-masing untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru.

iii. Mewujudkan pusat kecemerlangan serta menjadi titik fokus bagi pembangunan dan penggalakan budaya rekacipta dan inovasi dalam usaha membangunkan produk rekacipta yang kompetitif.

iv. Menjadi jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari (smart partnership) dengan kementerian/agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan usahawan dan orang persendirian di dalam dan di luar negeri.

v. Menjadi penyelaras ke arah mempatenkan semua rekacipta dan inovasi yang dihasilkan oleh pelajar.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pertandingan ini, sila muaturun dokumen berikut ;

1- Garis Panduan Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta

2- Borang Penyertaan (Lampiran A)

3- Format Laporan Projek Pertandingan (Lampiran B)

Indeks Makluman