Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

 English 



peta laman

Kerjasama Menyediakan Busana Lengkap Untuk Drama SALOMA

saloma 

“Saloma” - Puan Sri Salmah binti Ismail (22 Januari 1935 - 25 April 1983) atau lebih dikenali sebagai Primadona Saloma merupakan salah seorang penyanyi dan bintang filem yang terkenal dari tahun 1950-an hingga 1980-an. Selain itu, beliau juga merupakan adik kepada seniwati Mariani dan pengarah filem Malaysia terkenal iaitu Mellisa Saila merupakan salah seorang anak buah kesayangan Saloma.

Sehubungan dengan itu, Mellisa Saila juga ibunya seniwati Mariani ingin berkongsi dan menceritakan kepada orang ramai bagaimana perit suka duka perjalanan seni seniwati Saloma dengan diabadikan dalam bentuk drama yang bertajuk “SALOMA”. Pada pertengahan bulan Oktober 2013, pengambaran drama Saloma telah dijalankan di Penang selama sebulan dan dijangkakan akan mula ditayangkan dikaca television pada bulan April 2014 dengan kerjasama dan terbitan ASTRO.

Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah dipilih oleh Mellisa Saila dalam usaha sama untuk menyediakan busana lengkap bagi watak Saloma yang telah dijayakan oleh Pelakon wanita terkenal Malaysia iaitu Nabila Huda. Rentetan dari itu, Sekali lagi pihak pengurusan Kus Semangat Aktor dibawah naungan Mellisa Saila telah memilih Kolej Komuniti Kuala Terengganu sebagai costume maker untuk busana promo drama Saloma yang dijangka akan dijalankan pada bulan March 2014.

Indeks Makluman