Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

 English 



peta laman

Pertandingan PERISA

Pertandingan PERISA akan diadakan mengikut butiran berikut:

Tarikh: 28 dan 29 September 2015

Tempat: Kolej Komuniti Temerloh

Tema: Inovasi Pemangkin Kelestraian Ilmu.

PERISA merupakan satu pertandingan inovasi peringkat kebangsaan untuk pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti yang dianjurkan oleh Unit Penyelidikan dan Inovasi, Bahagian Akademik dan Pendidikan Berterusan, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.

Objektif

1. Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan.

2. Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti.

3. Memperkenal dan menyebarkan hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah Kolej Komuniti dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.

4. Menyumbang kepada peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Indeks Makluman