Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

 English 



peta laman

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN 20 UNIT MOTOSIKAL 'CRUISER' & SKUTER

Satu program baharu  iaitu Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi) merupakan program kemahiran pertama dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti yang mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kumpulan Syarikat-syarikat NAZA World melalui anak syarikatnya, NAZA Bikes Sdn Bhd. Program ini bakal dijalankan di Kolej Komuniti Bagan Datoh, Perak dengan ambilan pelajar pertama ialah pada sesi November 2015. Program ini dijalankan selama 5 semester selama 20 Bulan.

Justeru itu, satu Majlis akan  diadakan bagi penyerahan 20 unit motorsikal ‘cruiser’ dan skuter yang telah disumbangkan oleh Kumpulan Syarikat-syarikat NAZA World kepada kolej komuniti bagi tujuan latihan pembelajaran pelajar-pelajar agar dapat membantu dalam mempertingkatkan lagi sistem pendidikan Negara terutama bagi masa depan dalam industri automotif.  Motosikal ini akan digunakan untuk tujuan pembelajaran teori (asas) dan amali kepada pelajar-pelajar dan majlis ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

 

Indeks Makluman