Ada 3 kaedah memohon menjadi pelajar sepenuh masa kolej komuniti. Anda bebas memilih mana-mana satu kaedah.
i-Permohonan melalui UPU secara ONLINE.
Iklan kemasukan dikeluarkan dalam akhbar pada awal tahun. Tempoh membuat permohonan adalah dari bulan Januari hingga 15 April 2013. Pemohon perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu dari Bank Simpanan Nasional dengan harga RM 10.60.
Pemohon perlu melayari laman web UPU.
Penuhkan data permohonan. Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara ONLINE
ii-Permohonan secara ONLINE melalui e-pengambilan kolej komuniti pada link berikut.
iii- Secara Datang Sendiri (walk-in)
Kami juga menerima pemohon-pemohon yang datang secara peribadi ke kolej komuniti. Oleh yang demikian, saudara/saudari boleh menghubungi mana-mana kolej komuniti yang berdekatan dan senarai kolej komuniti ini boleh diperoleh dalam laman web kami dan klik pada: Maklumat Jabatan - Senarai Kolej Komuniti dan berhubung terus dengan Bahagian Pengambilan Pelajar
Pengambilan seterusnya adalah bagi bulan Julai 2013 dan permohonan bolehlah dikemukakan sekarang.
Sila isi borang maklumbalas di borang Aduan melalui laman sesawang JPKK dengan nama penuh, nombor kad pengenalan dan emel bagi mendapatkan nombor pin. Makluman pin akan dihantar melalui emel yang diberikan.
Calon yang memohon boleh mencetak permohonan tersebut setelah selesai membuat permohonan.Cetakan permohonan tersebut adalah bukti permohonan calon akan diproses.
Pemilihan dan penawaran pelajar adalah seperti berikut:
i.Membuat pemilihan dan penawaran kepada calon yang berjaya melalui sistem e-Pengambilan setelah menerima data pemohon untuk ditawarkan daripada JPKK.
ii.Mencetak senarai nama calon yang telah ditawarkan.
Semakan keputusan permohonan boleh dibuat melalui cara-cara berikut:
ii-Hubungi kami di talian bebas tol: 1800 88 7755 atau
iii-Hubungi kolej komuniti yang berdekatan dan senarai kolej komuniti ini boleh diperoleh dalam laman sasawang kami.
Anda cuma perlu klik pada: Maklumat Jabatan - Senarai Kolej Komuniti
Ya. Walau bagaimanapun, pembayaran elaun adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria asas yang telah ditetapkan seperti berikut:
• Warganegara Malaysia.
• mempunyai pendapatan isi rumah bulanan (calon atau ibubapa/penjaga) tidak melebihi RM3000.00
• tidak mempunyai pekerjaan/pendapatan tetap;
• serta kriteria-kriteria lain yang telah ditetapkan
Sila rujuk dengan Bahagian Hal-ehwal pelajar di kolej masing-masing bagi maklumat lanjut.
Tidak. Baucar buku hanya layak bagi pelajar diploma dan ke atas sahaja.
Sebarang maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk melalui laman sesawang Kementerian Pengajian Tinggi : www.mohe.gov.my
Ya, sekiranya menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut dipenuhi:
• Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
• Pengajian sepenuh masa; dan
• Warganegara Malaysia.
Sila rujuk dengan Bahagian Hal-ehwal pelajar kolej masing-masing untuk maklumat lanjut.
Terdapat TIGA (3) program yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti iaitu:
Sijil Kolej Komuniti (SKK)
Sijil Modular Kebangsaan (SMK)
Kursus pendek di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat
Sebarang pertanyaan melibatkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (kursus-kursus pendek) bolehlah dirujuk di laman sesawang: www.epsh.my termasuklah takwim kursus pendek
Terdapat DUA (2) jenis penilaian yang dijalankan iaitu Penilaian Berterusan (PB) yang mewakili 70% dan Penilaian Akhir (PA) sebanyak 30% . Kedua-dua bentuk penilaian ini menilai aspek teori dan amali.
Ya, Akreditasi Sementara telah diberikan oleh pihak MQA untuk melaksanakan program dan seterusnya untuk Akreditasi Penuh masih dalam proses.
Ya, semua program yang telah mendapat akreditasi daripada MQA dan disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Pusat layak menyambung pengajian ke ke politeknik, Program Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) atau ke IPTA/IPTS.
Walau bagaimanapun,permohonan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi hanya boleh dikemukakan setelah keputusan rasmi daripada Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Pusat dikeluarkan dan pelajar memenuhi syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh syarat pengambilan institusi pengajian berkenaan.
Syarat-syarat kemasukan ini adalah berdasarkan kepada syarat yang telah ditetapkan oleh syarat
pengambilan institusi pengajian berkenaan.
a). Pensyarah tetap Skim Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH)
Pengambilan tenaga pengajar untuk mengisi jawatan pensyarah adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik.
Permohonan perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) halaman sesawang JobsMalaysia.
Anda boleh melayari laman web SPP untuk sebarang maklumat lanjut termasuklah proses pengambilan sebagai tenaga pengajar.
b). Lain-lain jawatan
Permohonan untuk mengisi jawatan-jawatan lain selain daripada tenaga pengajar, perlulah dikemukakan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di halaman sesawang SPA.