Portal Rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

 English 



peta laman

Bahagian pembangunan akademik

 

Bahagian Pembangunan Akademik

Bahagian ini bertanggungjawab dalam urusan;

A. UNIT PENGOPERASIAN DAN PENAZIRAN PROGRAM PENGAJIAN

  1. Merancang pelaksanaan program pengajian di Kolej Komuniti.
  • Menyediakan takwim tahunan program pengajian Kolej Komuniti.
  • Mengemaskini Dokumen Pelaksanaan Program Pengajian di Kolej Komuniti.
  • Menguruskan pelaksanaan program pengajian di Kolej Komuniti.
  • Mengurusetiakan mesyuarat berkaitan Pelaksanaan Program Pengajian.
  • Mengurusetiakan mesyuarat Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran.
  1. Merancang program penaziran dan inspektorat bagi meningkatkan kualiti program pengajian di Kolej Komuniti.
  • Merancang keperluan penaziran mengikut program pengajian.
  • Merancang pelaksanaan penaziran mengikut program pengajian.
  • Merancang penyediaan laporan pemantauan mengikut program pengajian.

B. UNIT PENYELIDIKAN DAN INOVASI

  1. Merancang dan melaksanakan program-program penyelidikan dan inovasi dalam usaha untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran pensyarah
  • Merancang keperluan bagi pelaksanaan program penyelidikan dan inovasi
  • Melaksanakan program Penyelidikan dan Inovasi
  • Mengawalselia program Penyelidikan dan Inovasi
  • Menyediakan laporan pelaksanaan program Penyelidikan dan Inovasi